Jika anda bukan seekor ikan, reptilia atau serangga, tidur dalam keadaan mata terbuka bukanlah satu idea yang bijak. Ini kerana manusia mempunyai kelopak mata dan ia mempunyai fungsi yang tersendiri.

Menutup mata anda apabila anda tidur adalah salah satu tugas kelopak mata dan ia akan melakukan tugas ini dengan sempurna melainkan ada sebab atau keadaan yang menghalang kelopak mata anda daripada berbuat demikian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Anda mungkin tahu bahawa anda tak dapat menghidu atau mendengar ketika sedang tidur, dan memandangkan kebanyakan orang tidur dengan mata tertutup, mereka juga tidak dapat melihat.

Dan pasti anda sedikit terkejut untuk mengetahui bahawa mereka dengan masalah kesihatan yang dikenali sebagai "lagophthalmos" di mana pesakit tidak dapat menutup sebahagian atau sepenuhnya juga tidak dapat melihat ketika sedang tidur walaupun mata terbuka. 

Otak menghapuskan input deria kecil dari organ apabila kita tidur dan ia melakukan hal yang sama kepada orang yang tidur dengan mata mereka terbuka. Oleh itu, mereka ini tidak menyedari keadaan mereka.

Keadaan ini kadang-kadang juga berlaku kepada bayi tetapi kebanyakan kanak-kanak mula pulih daripada keadaan ini tanpa sebarang bantuan atau rawatan luaran.

Kenapa mata perlu berkedip?

tidur mata terbuka

Cuba tenung dinding untuk seminit penuh tanpa mengedipkan mata anda. Boleh atau tidak? Jika anda berjaya sekalipun, kemungkinan besar mata anda akan berair atau mata menjadi tidak selesa.

Apa yang hendak dibuktikan di sini adalah walaupun mengedipkan mata adalah tugas sukarela dan kelihatan seperti tidak penting, namun ia sangat penting untuk mata kita.

Kornea tidak dibekalkan dengan oksigen melalui saluran darah, dengan itu ia mendapatkan oksigen dari atmosfera dan mengedipkan mata memainkan peranan besar dalam membolehkan ini berlaku.

Setiap kali mata anda berkedip, kelopak mata akan menyaluti mata anda dengan cairan air mata yang membersihkan mata dan membantu menyerap oksigen dari atmosfera.

Ia juga melindungi brbola mata dari bahan asing yang boleh menyebabkan masalah atau ketidakselesaan.

Apa yang berlaku jika anda tak dapat kedipkan mata?

kenapa mata perlu berkedip

Seperti yang dinyatakan di atas, mereka yang tidak dapat menutup mata sepenuhnya atau sebahagiannya serta mempunyai masalah mengedipkan mata mengalami masalah kesihatan yang dikenali sebagai "lagophthalmos".

Keadaan ini membawa kepada banyak komplikasi serius jika tidak dirawat. Lagophthalmos boleh disebabkan oleh pelbagai sebab, termasuk:

  1. Keturunan
  2. Beberapa jenis penyakit autoimun, seperti Bell's Palsy, di mana otot muka menjadi lemah / lumpuh
  3. Sesetengah pembedahan kosmetik yang telah menjejaskan saraf muka
  4. Strok
  5. Beberapa jenis kecederaan pada tengkorak yang merosakkan saraf kranial
  6. Pembedahan Ptosis - pembedahan kosmetik yang mengeluarkan kulit atau lemak tambahan berhampiran kelopak mata
  7. Sindrom Moebius - gangguan genetik yang merosakkan otot muka
  8. Trauma

Tak semua orang mengalami masalah ini berhadapan keadaan yang melampau.

Sesetengah orang yang normal dari segi kedipan mata juga boleh mengalami masalah tidur mata terbuka yang dikenali sebagai "Nocturnal Lagophthalmos" dan kebanyakan orang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai masalah seperti itu.

Bagaimana untuk tahu jika mengalami "Nocturnal lagophthalmos"?

nocturnal lagophthalmos 796

Mata orang yang menderita lagophthalmos berada di bawah tekanan yang berterusan kerana tidak mendapat rehat yang diperlukan.

Mata, dalam usaha untuk melindungi kelembapannya, boleh meluncur ke belakang dan dengan demikian mendedahkan bahagian putih mata, tetapi ini tidak akan memberikan banyak kesan. dilakukan.

Ada kemungkinan bahawa kornea boleh menjadi kering sepenuhnya atau orang tersebut mungkin bangun dengan penglihatan kabur.

Terdapat kes di mana mata mereka yang menderita masalah ini mengalami penyakit ulser.

Jika seseorang itu mengalami kekeringan, kegatalan, keradangan, jangkitan yang kerap dan mempunyai mata berair selepas bangun tidur, terdapat kemungkinan bahawa mereka mengalami beberapa masalah berkaitan mata. 

Sudah tentu jika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, anda mungkin juga dapat melihat tanda-tanda ini.

Tetapi jika ia berlarutan dan anda mata tidak selesa selepas bangun, pilihan yang paling selamat adalah untuk berjumpa dengan doktor anda untuk membincangkan masalah ini. 

Rawatan dan penawar lagophthalmos

rawatan nocturnal lagophthalmos

Masalah ini adalah agak biasa dan ada penawarnya. 

Rawatan bagi masalah ini semudah memakai topeng mata ketika tidur, tetapi boleh juga membuat pembedahan untuk mengetatkan kelopak mata.

"Paralytic lagophthalmos" boleh menyebabkan pesakit untuk melakukan pembedahan menanam emas pada kelopak mata untuk menjadikannya lebih berat dan oleh itu turun ke bawah apabila anda tidur.

Rawatan ini sebahagian besarnya bergantung kepada tahap dan keterukan masalah yang dihadapi.

Terdapat juga rawatan sementara, seperti penggunaan minyak untuk dilekatkan pada mata atau memakai air mata tiruan secara berterusan untuk mengelakkan kornea daripada kering.

Lagophthalmos adalah masalah kesihatan yang memberi kesan kepada kesihatan mata anda. Ia tidak boleh dicuba, kerana ia bukan sesuatu yang boleh dilatih kepada mata anda untuk dilakukan.

Juga, walaupun ia tidak kelihatan seperti keadaan yang serius, ia tidak boleh dipandang ringan kerana setiap daripada kita hanya mempunyai dua mata sahaja. 

Rujukan:

1. Sleep

2. American Academy Of Ophthalmology

3. Science

4. The Sleep Advisor




Hakcipta iluminasi.com (2017)