Unta adalah haiwan yang unik yang telah lama wujud sejak 45 juta tahun. Setiap haiwan di planet ini mempunyai sifat dan rupa bentuk yang unik yang membezakannya dari yang lain.
Dalam kes unta, sifat itu adalah bonggol pada belakang haiwan ini. Malah, kanak-kanak pun tahu bahawa tanpa bonggol, haiwan ini bukanlah unta.
Ini kerana kebanyakan daripada kanak-kanak akan melukis bonggol terlebih dahulu apabila ingin melukis unta.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, kebanyakan daripada kita yang bergelar dewasa pun tidak mengetahui apa sebenarnya fungsi bonggol pada bahagian belakang unta.
Bonggol terhasil sebagai tindak balas kepada persekitaran
Walaupun ketika ini unta biasanya ditemui di Timur Tengah dan beberapa bahagian Asia, ia sebenarnya berasal dari Amerika Utara. Bunyinya agak pelik kan?
Bukan itu sahaja, tetapi unta juga berkeliaran di kawasan Artik.
Untuk mengatasi iklim sejuk di sana, bonggol terhasil secara perlahan-lahan di belakang unta. Pada masa kini, saintis mencadangkan bahawa bonggol tersebut adalah anggota yang mengawal selia suhu badan unta.
Bonggol bukan tempat simpan air
Sudah pasti kebanyakan daripada anda percaya atau pernah mendengar bahawa unta menyimpan lebihan air dalam bonggol di belakangnya kan?
Walau bagaimanapun, kepercayaan ini adalah mitos yang tertanam dalam beberapa budaya dan legenda. Kepercayaan itu telah diwujudkan untuk menjelaskan keupayaan unta yang mampu bertahan selama berminggu-minggu tanpa air.
Semasa zaman Jalan Sutera, pedagang meletakkan barangan berat di atas unta dan melakukan perjalanan di antara Timur Tengah dan China.
Unta adalah pengangkutan yang sangat membantu untuk memotong jalan melalui gurun yang sangat panas di mana sumber air sukar untuk ditemui.
Itulah bagaimana unta dipanggil "kapal-kapal padang pasir." Malah, saintis kini menyatakan bahawa sel darah berbentuk bujur, dan bukannya bonggol, yang menyumbang kepada ketahanan unta terhadap dehidrasi.
Bonggol bertindak sebagai tempat penyimpanan tenaga
Unta menyimpan tenaga dalam bonggol untuk ketika di mana sumber makanan berkurangan.
Setiap kali padang pasir kering atau musim sejuk yang keras membunuh tumbuh-tumbuhan di tanah berpasir, satu-satunya harapan unta untuk terus hidup adalah lemak yang disimpan di dalam bonggol.
Adakah anda tahu bahawa peniaga unta menentukan kesihatan unta dengan hanya melihat bonggol mereka? Setiap pedagang ingin membeli unta yang sihat, dengan kata lain, unta dengan bonggol yang lebih besar.
Unta mempunyai bonggol kerana mereka membantu mereka mengawal suhu badan mereka
Adakah anda pernah menghabiskan malam di padang pasir? Jika tidak, maka anda mungkin tidak tahu bagaimana suhu padang pasir berubah-ubah.
Suhu di kawasan padang pasir adalah tersangat panas di siang hari dan tersangat sejuk pada malamnya.
Ini adalah kerana sifat-sifat pasir. Bagaimanapun, tisu-tisu bonggol yang berlemak berfungsi sebagai penebat untuk menahan turun naik suhu sedemikian di mana bonggol menghalang haba daripada matahari menembus ke dalam badan.
Hasilnya, ia menghalang unta daripada berpeluh dan akhirnya mengurangkan kehilangan air. Jadi, kini anda tahu bagaimana unta dapat bertahan dalam perjalanan yang jauh melalui padang pasir yang panas.
Sesetengah unta ada 2 bonggol
Unta yang memiliki 2 bonggol dikenali sebagai unta Bactrian. Unta ini biasanya lebih besar daripada unta Dromedary yang hanya mempunyai satu bonggol.
Sayangnya, tidak ada bukti ilmiah yang dapat menjelaskan mengapa unta Bactrian mempunyai dua bonggol. Walau bagaimanapun, terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa unta Bactrian memiliki 2 bonggol kerana ia hidup dalam persekitaran yang lebih sukar dan dahsyat.
Sebagai contoh, habitat utama unta Bactrian adalah padang pasir Gobi yang memang terkenal dengan persekitaran yang dahsyat.
Gurun ini dicirikan dengan iklim sejuk yang luar biasa di mana suhu boleh mencapai serendah -40 Celsius.