Pada hari ini, eskalator adalah antara salah satu teknologi yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Ia memudahkan kita untuk bergerak menaiki kawasan tinggi dengan lebih cepat, lebih-lebih lagi untuk orang kurang upaya dan warga emas.
Di sesetengah tempat di dunia, negara-negara sedang berkembang dengan pesat sehinggakan ada yang pernah melihat telefon bimbit, tetapi tidak pernah melihat eskalator.
BESARKAN TEKS A- A+
Ya, walaupun teknologi telefon pintar semakin merebak ke seluruh dunia, namun ada manusia di atas muka Bumi ini tidak pernah tahu, lihat atau menggunakan tangga bergerak ini.
Sebagai contoh, lihat betapa gembira mereka dalam video di atas ketika menaiki eskalator buat kali pertama.
Dan bagi kita yang melihat teknologi ini setiap hari dan sudah bosan dengannya, pasti anda perasan akan sesuatu yang agak unik pada eskalator.
Apa yang dimaksudkan adalah terdapat "berus" di sepanjang eskalator ini.
Dan ramai daripada kita yang menyangkakan bahawa tujuan berus ini dipasang adalah untuk membersihkan kasut ketika menaikinya.
Walaupun agak kelakar, namun ramai sebenarnya yang berfikiran begitu sehinggakan ada yang benar-benar menggunakannya sebagai pembersih kasut setiap kali menaiki eskalator.
Namun, aspek kebersihan bukanlah sebab mengapa ianya dipasang pada tangga bergerak ini.
Seperti yang anda tahu, banyak kemalangan mengerikan yang melibatkan eskalator, termasuklah kaki pengguna "disedut" masuk ke dalamnya.
Malah, ada mangsa yang terjatuh ke dalam eskalator apabila ia tiba-tiba "terbuka".
Dan dengan itu, aspek keselamatan adalah perkara yang paling penting dalam menghasilkan eskalator.
Jadi seperti yang anda boleh teka, berus eskalator sebenarnya telah dicipta untuk sebab-sebab keselamatan yang lebih penting.
Mengapa berus dipasang sepanjang tepi eskalator?
Sebenarnya, eskalator adalah sangat berbahaya jika seseorang berdiri terlalu hampir dengan bahagian tepi.
Antara sisi eskalator dan dinding tersebut, terdapat jurang.
Jurang ini hampir tidak dapat dilihat, tetapi jika sesuatu seperti pakaian atau kasut termasuk ke dalam, ia mungkin akan tersangkut pada motor dan gear eskalator.
Eskalator tersebut bukan hanya akan rosak dan berhenti berfungsi, tetapi juga akan merosakkan objek asing yang termasuk ke dalamnya.
Dan penciptaan berus pada eskalator menghalang kemalangan seperti ini dengan "menakutkan" anda dari mendekati jurang tersebut.
Sebaik sahaja anda semakin menghampiri jurang dan kaki anda menyentuh bulu-bulu ini, anda akan berasa tidak selesa dan secara nalurinya akan menjauhinya sekaligus membuatkan anda lebih selamat.
Pendek kata, berus ini berfungsi untuk membuatkan anda menjauhi jurang pada tepi eskalator yang mungkin dapat menyebabkan bahawa malah kematian.
Jadi, setiap kali anda menaiki eskalator, jauhkan kaki, pakaian atau kasut anda serta kanak-kanak daripada berus ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Berus mengelakkan eskalator daripada meletup
(Kebakaran King's Cross)
Jika anda memasukkan objek-objek yang cukup ke dalam eskalator, ia mungkin meletup. Maksud objek di sini adalah perkara seperti gris atau sampah yang akan terkumpul di dalam eskalator.
Bagi yang tak tahu, eskalator dipatenkan pada tahun 1892. Namun disebabkan kita masih belum arif mengenainya, manusia tidak melakukan apa-apa terhadap kekurangan pada reka bentuk sehinggalah kemalangan berlaku.
Jadi, reka bentuknya kekal hampir sama, tanpa sebarang langkah keselamatan.
Dan disebabkan ini, satu insiden berlaku pada tahun 1987 yang dikenali sebagai Kebakaran King's Cross, melibatkan kebakaran yang meragut 31 nyawa dan mencederakan 100 yang lain.
Penyebabnya adalah sebatang mancis yang menyala terjauh ke dalam jurang eskalator lalu menyalakan gris dan sampah yang ada di bawah eskalator.
Dan setelah kejadian ini berlaku, berus, butang berhenti kecemasan dan alat penyiram automatik dipasangkan pada eskalator.
Rujukan:
1. Goody Feed
2. Crowdy World
3. Quora