Dunia semulajadi penuh dengan evolusi fesyen tersendiri, dari polkadot hingga kepada corak geometri. Tetapi salah satu yang paling popular sudah tentunya jalur atau belang.
Terdapat begitu banyak haiwan yang mempunyai jalur dan ia pastinya mempunyai fungsi tertentu.
Anda mungkin pernah mendengar bahawa jalur-jalur ini berfungsi untuk penyamaran yang mana kedengaran agak aneh memandangkan ia sangat menonjol dan mudah dikesan oleh mata manusia.
BESARKAN TEKS A- A+
Tapi memang benar bahawa jalur-jalur ini membantu penyamaran haiwan, tetapi ia adalah salah satu daripada banyak fungsi berbeza yang dimiliki jalur bagi haiwan yang berlainan.
Menonjol atau bercampur
Jalur boleh memberikan manfaat bagi dua fungsi yang berlawanan iaitu sama ada untuk membuat haiwan sukar dilihat atau untuk menonjolkannya, bergantung kepada jalur dan juga dan persekitaran haiwan itu hidup.
Sebagai contoh, harimau dan kuda belang kedua-duanya mempunyai jalur, tetapi menurut kajian 1987, ia adalah untuk sebab yang berbeza sama sekali.
Dalam kajian itu, para saintis menganalisa frekuensi jarak setiap jalur haiwan iaitu berapa banyak jalur dalam ruang tertentu dan latar belakang semulajadi haiwan yang ditemui.
Secara matematiknya, belang pada harimau serupa dengan habitatnya dan tidak bagi jalur kuda belang.
Kesimpulannya adalah bahawa jalur harimau adalah baik untuk membuatkan haiwan ini sukar untuk dilihat dan bagi belang kuda belang, ia tidak begitu membantu dalam penyamaran.
Maklumat matematik itu telah dimasukkan ke dalam ujian kehidupan sebenar pada tahun 2017 oleh para penyelidik yang menghasilkan rama-rama palsu dengan corak yang berbeza dan dilekatkan pada kulit kayu.
Apabila warna jalur sepadan dengan latar belakang iaitu olive (warna hijau kekuningan) dan hitam dan kekerapan serta orientasi jalur juga sepadan dengan latar belakang, rama-rama kurang cenderung untuk diserang oleh burung.
Para saintis menganggap ini kerana corak itu tidak dapat dilihat dari jauh kerana ia juga membuatkan manusia menghampiri untuk melihat rama-rama itu.
Tetapi apabila jalur itu tidak sepadan dengan warna latar belakang iaitu kuning dan hitam, yang merupakan warna yang sering dilihat sebagai isyarat amaran, ia juga berfungsi menghalang burung daripada menyerang.
Perkara yang sama masih berlaku walaupun corak tersebut mempunyai sedikit perbezaan kontras dengan latar belakang.
Dan jumlah kontras untuk jalur warna ini tidak menjejaskan betapa dekatnya manusia perlu menghampiri untuk melihat.
Para penulis mencadangkan bahawa corak yang ideal untuk jalur amaran mungkin jalur yang mana kurang cenderung untuk menarik perhatian dari jauh, tetapi juga sangat tersendiri untuk menghantar mesej yang jelas jika anda semakin dekat.
Dengan cara ini, jalur ini sebenarnya mempunyai dua fungsi iaitu untuk menyembunyikan haiwan tersebut dan memberi amaran kepada mana-mana penyerang yang mendekati.
Perbezaan ketika bergerak
Bagi rama-rama palsu yang dilekatkan pada kulit kayu, mungkin tiada masalah. Tetapi, pemangsa sudah tentu tidak akan berdiam diri dan mengejar mangsa, membuatkan mangsa akan turut bergerak.
Satu kajian pada tahun 2019 menghasilkan pepijat palsu sendiri dan kemudian menunjukkan video pepijat-pepijat itu yang sedang bergerak kepada mentadak (pemangsa serangga lain).
Mentadak-mentadak tersebut sukar untuk melihat pepijat-pepijat yang mempunyai jalur nipis apabila ia bergerak pada kelajuan tinggi.
Jadi bagaimana dengan kuda belang? Walaupun corak haiwan ini tidak menyukarkan penglihatan terhadap latar belakang biasa ketika ia dalam keadaan pegun, adakah ianya sukar dilihat ketika ia berlari?
Penglihatan singa tidak sama dengan penglihatan serangga, jadi kita tidak dapat menerangkan secara langsung.
Tim Caro dari UC Davis, yang telah melakukan banyak penyelidikan terhadap jalur kuda belang ragu-ragu tentang idea bahawa corak kuda belang menjadikan sukar bagi para pemangsa melihatnya, sebahagiannya kerana ia tidak berfungsi dengan sepatutnya untuk haiwan ini.
Malah, jika jalur-jalur kuda belang sebenarnya berfungsi untuk penyamaran, maka singa akan memakan lebih banyak kuda belang memandangkan berapa banyak jumlah haiwan ini.
Tetapi apa yang menghairankan adalah penyelidikan Tim Caro menunjukkan bahawa fungsi jalur pada kuda belang mempunyai kaitan dengan persembunyian, iaitu menyembunyikan haiwan ini daripada serangga.
Kuda belang vs lalat
Beberapa teori tentang jalur kuda belang telah dibahaskan untuk bertahun-tahun.
Selain daripada penyamaran dari pemangsa, dicadangkan bahawa ia mempunyai fungsi sosial di mana corak itu membuatkan mereka kekal sejuk dan yang paling disokong oleh penyelidikan baru-baru ini adalah bahawa ia menghalang daripada lalat yang menggigit.
Bagi fungsi sosial, tidak banyak bukti yang wujud kerana kuda tanpa jalur boleh membezakan spesis-spesis kuda lain dan kuda belang tidak pula dipinggirkan oleh kuda-kuda lain.
Bagaimana pula dengan suhu? Idea di sebalik ini adalah matahari akan memanaskan kawasan hitam dan putih ke tahap yang berbeza, menyebabkan aliran udara yang sejuk di antara kedua-duanya.
Kajian tahun 2015 mendapati pola corak kuda belang seolah-olah berubah mengikut rantau dan iklim, tetapi ujian kehidupan sebenar mendapati bahawa idea itu tidak begitu tepat.
Apabila ahli eksperimen mengecat tong air dengan warna kuda dan juga beberapa jenis corak jalur lalu suhu tong-tong itu diambil dalam pelbagai jenis cuaca, mereka mendapati bahawa suhu pada warna jalur kuda belang bukanlah yang paling rendah.
Tetapi kajian oleh Tim Caro dan rakan sekerja pada tahun 2014 melihat pengagihan geografi spesies kuda, kuda belang dan keldai yang berlainan dan membandingkannya dengan pengagihan lalat yang menggigit yang menyerang haiwan-haiwan ini.
Hasil daripada kajian ini diuji pada tahun 2019 dengan memerhatikan tingkah laku lalat di sekitar kuda dan kuda belang yang tinggal di sebuah ladang di England.
Bukan sahaja lalat kurang mendarat di atas kuda belang, tetapi serangga ini juga jarang mendarat di atas kuda yang memakai sarung dengan jalur kuda belang.
Walaupun teori ini yang paling disokong ketika ini, apa yang masih belum diketahui adalah apa yang terdapat pada penglihatan lalat yang membuatkannya enggan mendarat di atas jalur?
Rujukan:
1. Mom Life
2. Curiosity
3. Earthsky