Artikel ini ditulis oleh Dr. Rafidah Abdullah di laman Facebook milik beliau. Beliau merupakan seorang Nephorolist iaitu doktor pakar khusus dalam penjagaan dan merawat penyakit buah pinggang.

Gambar hiasan model muslimah

Bila cantik luaran yang terlalu dikejar, habis rosak organ dalaman!

Terlalu kerap kita mendengar cerita seperti ini. Ini menjadi cantik luaran, tak kisah lah pada paras rupa atau tubuh badan sehinggakan memudaratkan diri sendiri. Ada juga kes yang membawa maut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

muslimah modeal1

Gambar hiasan model muslimah

Seorang pesakit berumur 33 tahun, sudah berkahwin, anak dua orang sudah besar. Kerja model sambilan.

Nampak lawa, putih melepak. Comel. Kurus. BMI normal 22.

Sebelum ini, sihat sahaja. Tidak ada sakit apa-apa. Datang hospital sebab loya, rasa nak muntah selama seminggu. Ya Allah, memang Doktor TERKEJUT melihat keputusan darah. Buah pinggang dan hati rosak.

bacaan kesihatan

Teruk bacaan darah fungsi buah pinggang iaitu: Creatinine 486 umol/L (normal bawah 100)

Bacaan fungsi hati: Alanine Transferase 2633 IU/L (normal bawah 140).

Mula-mula pening juga memikirkan. Tanya ambil apa-apa, tak mengaku. Tapi lepas kami menyoal dan kami kena buat ala-ala interogasi, akhirnya beliau mengaku mengambil kopi yang dicampur macam-macam. Katanya untuk kurus!!! Pelik, betul-betul pelik dunia sekarang ini.

kopi supplement kurus

Beliau ambil kopi campuran ini sahaja, tak makan benda lain! Nasi, sayur, ayam, ikan, semua beliau tak sentuh. MasyaAllah. Hairan saya, tak lapar ke? TAK kurus mana pun! Mana taknya, kalori 1 sachet ini pun dah dekat 500kcal.

Jangan sekali-kali percaya kopi atau teh campuran yang dikatakan boleh kurus. Kalau ambil benda-benda begini dan anda tidak lalu makan, mungkin ada terdapat bahan terlarang.

racun dalam supplement

Salah satu contoh bahan terlarang yang kerap dicampurkan dalam minuman seperti kopi dan teh adalah sibutramine. Boleh rujuk gambar-gambar info lain juga yang saya sertakan.

Pandai lah penjual nak menipu. Kalau letak campuran 10000 dalam 1 dalam kopi atau teh, mereka-mereka ini tidak perlu memohon kelulusan KKM.

Lepas itu, mungkin suka-suka masukkan bahan terlarang untuk jadi lebih ummmmph.

Nasihat saya:

Yang BMI normal, tak payah lah nak kurus lagi. Terima lah seadanya.

Yang BMI lebih dan nak kurus pulak, jangan ambil jalan mudah. Lemak tepu yang terkumpul berpuluh tahun tidak akan hilang dalam masa sebulan! Yang suruh makan minum suplemen itu ini, mengarut. Pergi pakai kasut (selipar pun boleh), jalan-jalan di Taman. Ini tidak perlu belanja langsung. Makan pulak kena lah berpantang, BUKAN pantang tengok!!

Jangan kita lalai dan lupa yang cantik dalaman sebenarnya lebih indah. Tak pasal-pasal dapat penyakit. Pedulikan rupa luaran!

Rafidah Abdullah

Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang




Hakcipta iluminasi.com (2017)