Oleh pada 13 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Asfan Shah & Instagram Haqiem Rusli

Kemelut antara Asfan Shah dan Haqiem Rusli menemui titik noktah apabila Asfan bermurah hati memaafkan penyanyi remaja itu yang tampil memohon maaf kepadanya.

Menganggap isu itu telah selesai, Asfan, menegaskan kedua-dua mereka sudahpun berbaik dengan mengambil pendirian untuk tidak memanjangkan salah faham yang berlaku.

Dia berkata, Haqiem sendiri mengambil inisiatif membuat panggilan telefon untuk berbincang. 

"Sejujurnya apa yang terjadi itu cuma salah faham dan tiada isu besar pun.

"Haqiem pun sudah minta maaf secara peribadi dengan menelefon saya dan kami sudah berbaik.

"Jadi kalau boleh saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini kerana apa yang terjadi adalah sudah diselesaikan dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.

haqiem rusli sudah minta maaf tapi asfan shah 2

Kredit foto: Instagram Asfan Shah

Asfan ditemui di majlis berbuka puasa Rusa Music & MVM Production yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Isu membabitkan kedua-dua selebriti itu tercetus selepas Asfan meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa dituduh Haqiem menciplak lagu ciptaannya.

Dalam pada itu, penyanyi Sumpah Cintaku ini meminta supaya kontroversi mereka tidak diungkit lagi oleh mana-mana pihak kerana masing-masing sememangnya sudah melupakan apa yang berlaku.

"Tapi bagi saya, apa yang menjadi isu sekarang adalah netizen kerana mereka lebih suka memanjangkan cerita ini sedangkan masalah antara kami telah selesai dengan baik," katanya lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)