Oleh pada 24 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli & Instagram Noh Hujan

Haqiem Rusli memilih untuk enggan mengambil endah komen pihak tertentu yang menghentam dan menghina dirinya .

Haqiem, 20, dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Twitter, menyifatkan tindakan pihak yang mencacinya itu melambangkan definisi kematangan mereka.

"Biarlah siapa yang nak benci saya, kutuk serta hina. Asalkan saya tak ada kacau orang.

"Kadang-kadang perbuatan mereka tu menunjukkan siapa lebih matang," tulis Haqiem.

akhirnya ini komen balas haqiem rusli selepas diminta pergi mampus 2

Kredit foto: Mstar

Haqiem mengulas isu itu sebagai menjawab tweet seorang peminat yang mendengar kembali keseluruhan koleksi lagunya selepas kontroversi penyanyi Noh Hujan melontarkan kenyataan 'Pergi Mampus Haqiem Rusli' baru-baru ini.

"Kenyataan 'Pergi mampus Haqiem Rusli' buat aku layan semua lagu dia malam ni. Keseluruhan koleksi lagu.

"Punyalah melekat emosi dan vokal pun sedap untuk setiap lagu. Tolong jangan bunuh minat dia.

"Suka atau tidak, lagu dia ada di semua carta. Ini era HR (Haqiem Rusli)!" tulis pemilik akaun yang dikenali sebagai @lalanzanudin itu.

Dalam pada itu, Haqiem merakamkan penghargaan kepada individu berkenaan kerana menyokong kerjaya seninya, serta dalam masa sama berjanji untuk memberikan prestasi karier yang terbaik.

"Bagaimanapun, terima kasih. Aku akan cuba keluarkan lagu-lagu yang berkualiti," kata Haqiem lagi.

Terdahulu, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan, mengeluarkan ayat kontroversi itu sewaktu mengadakan persembahan bersempena dengan Love Suria Charity hingga menimbulkan perbalahan di kalangan peminat.

Sewaktu Haqiem berdepan isu kemurungan sebelum ini, Noh juga antara yang mendakwa penyanyi itu melakukan gimik untuk melariskan lagu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)