Oleh pada 26 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli meluahkan rasa terkilan dengan segelintir rakan artis yang sering menghentamnya sejak kebelakangan ini.

Menurut Haqiem, 20, beliau tidak pernah mempunyai masalah peribadi dengan mereka, justeru berasa pelik dan sedih dengan tindakan tidak semena-mena itu.

Ia susulan catatan beliau di Instagram 17 Jun lalu yang menyatakan hasrat untuk berundur daripada bidang nyanyian kerana mendakwa mengalami depresi.

"Sejujurnya, menyanyi adalah kerja saya untuk menghiburkan peminat. Tapi bagi yang di luar sana, mereka tak akan faham. Mereka akan cakap apa yang berlaku ini (tujuan sebenar) nak buat gimik atau cari perhatian.

"Malah, saya pelik ada teman artis menghentam (saya) atas apa yang terjadi. Sedangkan, saya tak buat hal pun dengan mereka... Saya sedih. Hal macam ini membuatkan saya lagi tertekan.

"Saya tak kisah, suatu hari nanti, kalau ditimpa susah... Saya pernah susah. Saya memang orang susah kerana berasal dari kampung," kata Haqiem dalam rakaman video IGTV pada Instagram yang dimuat naik Faizal Ismail, seperti dilaporkan portal BH Online.

Difahamkan pengacara itu mendapatkan kenyataan beliau sewaktu dia menjayakan sebuah acara di Perak pada Ahad.

Terdahulu, Haqiem memaklumkan keputusan rasmi berhubung pengundurannya hanya akan diberitahu pada bulan hadapan.

Dia mendakwa dilanda kemurungan kerana gejala buli siber.

Dalam pada itu, Haqiem berharap netizen termasuk peminat memberikannya ruang untuk menyelesaikan isu yang timbul dan tidak membebankan dia dengan pelbagai tohmahan.

"Janganlah kecam saya... Anda tak tahu apa yang saya rasa.

"Kes buli siber ini orang berani cakap di laman sosial saja. Kalau depan, mereka tak berani... Silalah kecam saya berdepan," katanya.

isu bersara haqiem rusli rasa pelik dikecam rakan artis sedangkan 2

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Dalam rakaman sama, Haqiem menerima kejutan bersempena hari istimewa ulang tahun kelahiran yang ke-20 pada 16 Jun lalu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)