Kredit foto: Instagram Wak Doyok
Pelakon Wak Doyok pernah digelar "lelaki miang" hanya kerana mengirimkan mesej kepada seorang wanita di laman Instagram.
Bagaimanapun Wak terkejut ketika mendapat tahu wanita itu mewar-warkan mesejnya kepada khayalak yang seterusnya membawa kepada prasangka buruk orang ramai.
Walhal niatnya hanyalah ingin berkenalan secara ikhlas.
Kredit foto: Instagram Wak Doyok
Sebenarnya saya pernah menghantar mesej peribadi kepada seorang wanita di Instagram tetapi niat saya hendak berkenalan dengannya telah disalah anggap. Dia mendedahkan mesej saya secara terbuka di Instagram dan menganggap saya lelaki miang walhal saya memang ikhlas hendak berkawan. Mungkin juga dia tak percaya seorang selebriti hendak berkenalan dan menyangka saya ingin mempermainkannya.
Sumber: Mstar
Lantas, ikon fesyen itu berasa fobia dengan penggunaan media sosial sebagai medium mencari jodoh.
Tegas Wak, dia sebenarnya bukanlah seorang yang memilih apabila tiba bab mencari pasangan. Ramai yang membuat telahan itu hanya kerana gaya kehidupannya yang terlihat berstatus tinggi.
Cukuplah memperoleh seorang suri hidup yang dapat memahami dan mampu menjalankan kewajipan menjaga anak-anak sebaik mungkin.
Kredit foto: Instagram Wak Doyok
Siapa yang tidak mahu berkahwin malah pada usia saya sekarang memang sudah sepatutnya berkahwin dan menimang cahaya mata. Tidaklah saya mencari wanita cantik sahaja tetapi cukuplah dapat jaga saya, ibu bapa dan besar anak-anak kami dengan baik. Kalau dapat jodoh seorang guru pun apa salahnya, dapatlah dia mendidik anak-anak kami nanti.
Sumber: Mstar
Menyentuh perkembangan kerjayanya, Wak memanjatkan kesyukuran atas pencalonan awal pada Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) menerusi filem Abang Long Fadil 2.
Pengiktirafan itu membawa kejutan buatnya meskipun enggan meletakkan harapan terlalu tinggi.