Oleh pada 26 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Wak Doyok

Personaliti fesyen Wak Doyok sememangnya cukup sinonim dengan imej jambang yang menutupi ruang mukanya.

Boleh dikatakan ia umpama 'trademark' selebriti yang gemar menggayakan pelbagai jenis fesyen unik ini.

Terkini, penampilan Wak Doyok yang agak ringkas tanpa imej berjambang menarik perhatian rata-rata para pengikut Instagramnya.

Menerusi sekeping foto 'throwback' diambil pada sekitar tahun 2006 itu, ramai memuji betapa 'bersih' dan 'jambu' Wak Doyok ketika itu.

macam brad pitt foto wak doyok tanpa jambang curi perhatian netizen 2

Kredit foto: Instagram Wak Doyok

"Muka jambu. Kalau jambang, macho.

"Wak, tips kurus, wak?

"Hahaha, muka lucu tak ada jambang," komen beberapa pengikut.

Bukan sahaja dipuji, malah ada juga segelintir yang menganggap Wak memiliki iras aktor antarabangsa, Brad Pitt!




Hakcipta iluminasi.com (2017)