Kredit foto: Instagram @wakdoyok & elle.my
Baru-baru ini, sebuah tweet yang dikemaskini oleh Wak Doyok tentang fesyen menerima pelbagai reaksi daripada para netizen.
Menerusi tweet tersebut, Wak Doyok menyatakan bahawa tidak menjadi suatu kesalahan untuk seseorang itu bergaya tetapi haruslah mengikuti peraturan yakni tidak sesekali memakai barangan tiruan.
Semalam, seorang pengguna Twitter telahpun menghentam tweet tersebut namun tidak lama selepas itu ianya dibalas Wak Doyok.Menurutnya, fesyen yang diketengahkannya sudah diiktiraf di luar negara oleh artikel terkenal Korea Selatan, Jay Park.
Malah, Wak Doyok turut berkongsi video tersebut.
Dalam hal yang lain, Wak Doyok kini sedang sibuk menjalani penggambaran bersama A.Galak. Pasti ramai yang tidak sabar menonton drama ataupun filem itu nanti kan.
Sumber berita & foto: ohbulan.com