Kredit foto: alchetron.com
Aktor Datuk Hans Isaac rebah ketika bermain golf di Kelab Golf TPC Bukit Kiara, dua hari lalu.
Difahamkan, Hans menjalani latihan sempena kejohanan golf yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang itu berakhir dengan suasana panik apabila Hans dikejarkan ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.
Kata pengurusnya, Sue Hussin, aktor berusia 46 tahun itu pada mulanya ditahan di Unit Penjagaan Rapi (ICU) dan menjalani beberapa ujian perubatan.
“Doktor yang rawat juga telahpun mengesahkan Hans bebas daripada sebarang penyakit serius. Bagaimanapun, dia masih dalam pemerhatian doktor kerana tidak cukup rehat,” katanya menurut laporan New Straits Times.
Dalam perkembangan terkini, Hans menerusi laman Instagramnya pagi semalam memberitahu kesihatannya sudah semakin pulih.
Kredit foto: Instagram Hans Isaac
Di kesempatan itu, Hans merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang prihatin dan mendoakan kesembuhannya.
Malah Hans turut memberikan penghargaan istimewa kepada kakitangan kelab golf serta pihak hospital yang menghulurkan respon bantuan pantas.
Sebelum ini, pelakon filem J Revolusi itu pernah menjalani pembedahan pundi hempedu di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang pada Mac lalu.
Sumber berita: New Straits Times