Kredit foto: Instagram Hans Isaac

Ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas pengsan Ahad lalu, aktor Hans Isaac dikatakan nyaris menerima serangan angin ahmar ringan.

Pelakon itu awalnya dikejarkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) sebelum ditukar ke Unit Dependensi Tinggi (HDU).

"Pemeriksaan doktor mendapati degupan jantung tidak teratur dan ujian MRI menunjukkan saya hampir diserang angin ahmar ringan," katanya menurut laporan portal Harian Metro.

Terdahulu, aktor berusia 46 tahun itu rebah secara tiba-tiba ketika menjalani sesi latihan untuk sebuah kejohanan golf di Kelab Golf TPC Kuala Lumpur.

hans isaac hampir diserang angin ahmar 2

Kredit foto: Instagram Hans Isaac

Dalam pada itu, Hans berkata, dia dinasihatkan doktor supaya mendapatkan rehat secukupnya di rumah.

Masalah kesihatan berlaku atas faktor tekanan.

"Saya dinasihatkan mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan tekanan. Buat masa ini, saya menyerahkan tugas tertentu kepada kakitangan untuk diuruskan," dedahnya.

Menerima saranan doktor, Hans membatalkan penyertaan dalam kejohanan golf yang dijadualkan berlangsung dua minggu lagi.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)