Oleh pada 16 Nov 2017 kategori

Kredit foto: budiey.com

Menerusi program Meletop pada Selasa lalu, Datuk Hans Isaac tampil mempromosikan rancangan terbarunya, Lawak Ke Der Tak Cover Line.

hans isaac blacklist pelawak lupa diri perasan bagus 2

Kredit foto: Instagram Meletop

Bercakap mengenai rancangan tersebut, Hans mendedahkan bagaimana dia menjadi sangat cerewet dalam menentukan artis yang bakal diundang.

Malah beberapa nama yang disyorkan oleh pihak produksi telah disenarai hitam olehnya atas sebab tertentu.

Nak tahu puncanya? Ini penjelasan Hans:

"Bukan semua orang boleh masuk Lawak Ke Der Tak Cover Line ini, sebab saya memilih. Bila mereka meletak nama (artis jemputan) dalam senarai itu, saya ada 'reject' beberapa nama.

"Saya cakap yang ini saya tak nak, ini pun saya tak nak.

"Saya nilai daripada segi disiplin dan perangai mereka, daripada apa yang saya lihat.

"Pelawak ini (yang disenarai hitam) disiplin tak berapa bagus. Mereka juga tengah popular, jadi mereka rasa mereka boleh buat apa yang mereka nak."

Malah, Hans memberitahu menerusi program berkenaan dia turut mengajukan soalan kontroversi kepada artis jemputannya. 

"Saya rasa usia saya bukan macam usia mereka, tahun depan saya dah 25 tahun dalam industri. Oleh itu, saya berhak tanya apa saja yang saya nak.

"Kalau mereka menipu, saya terus terang dan cakap 'ini tipu ni'. Wartawan tak berani tanya soalan yang akan saya tanya itu."

Lawak Ke Der Tak Cover Line dimeriahkan dengan barisan selebriti jemputan ternama, antaranya Zizan Razak, Shuib, Abam, Saiful Apek dan ramai lagi.

Bersiaran selama 13 episod, setiap Jumaat, jam 9.30 malam di saluran Astro Warna.




Hakcipta iluminasi.com (2017)