Oleh pada 01 Nov 2017 kategori

Kredit foto: thesundaily.my & Instagram Gabriella Robinson

Sehingga kini ramai yang masih menantikan kanyataan penuh tentang punca sebenar pembatalan perkahwinan aktor Datuk Hans Isaac dan pemenang Miss Tourism International 2012, Gabriella Robinson.

Baik Hans mahupun Gabriella, masing-masing mengunci mulut daripada mengulas tentang isu itu.

Bagaimanapun menerusi Instagram Story, Gabriella berkongsi kiriman terbaru yang seakan membayangkan luahan perasaannya berkaitan perhubungan mereka. 

Kenyataan itu merupakan sepotong ayat yang dipetik daripada seorang pelabur terkemuka Amerika Syarikat, Warren Buffett.

"Kejujuran adalah satu pemberian yang mahal, jangan jangka ia datang daripada seorang yang murah (Honesty is a very expensive gift, Don't expect it from cheap people)," tulis Gabriella.

selepas batal kahwin bekas tunang hans isaac luah perassan di instagram 2

Kredit foto: Instagram Gabriella Robinson

Terdahulu iaitu sebelum Hans mengumumkan pembatalan perkahwinannya, aktor itu ada memuat naik kiriman Instagram yang memetik peribahasa Inggeris berbunyi, "Never Doubt Your Instinct (jangan sekali-kali ragui naluri anda) disertakan dengan kapsyen "A leopard will never change HER spots! Time to move on" (Harimau Bintang tidak akan bertukar bintiknya! Masa untuk teruskan hidup).

Hans dan Gabriella bertunang awal tahun ini dan dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai lalu, namun majlis itu ditunda ke satu tarikh yang tidak dinyatakan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)