Kredit: Instagram @maya_karin
Pelakon versatil, Maya Karin mencuri tumpuan ramai apabila bertindak menanggalkan kasut tumit tingginya sebelum tampil berkaki ayam di pentas anugerah berprestij, Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) yang dipancarkan secara langsung dari Encore, Melaka baru-baru ini.
Menggalas tugas sebagai penyampai trofi, beliau secara tiba-tiba meminta maaf sebelum momen unik itu berlaku dimana beliau terpaksa memegang bahu pasangan penyampai, Faizal Hussein sehingga tangannya dilihat menggigil dan suaranya menggeletar.
Menerusi sebuah foto yang diambil di belakang pentas, tanpa berselindung darah gemuruh sebagai punca, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu menulis ucapan penghargaannya terhadap aktor pujaan ramai tersebut atas kesudian menyelamatkan dirinya yang diserang panik.
"Hero saya malam itu. Lelaki yang beradab tertib. Siap kutip kasut saya yang tertinggal di atas pentas," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dengan masing-masing pernah merangkul trofi pelakon terbaik di anugerah tersebut, profesionalisme kedua-dua anak seni berpengalaman itu turut dipuji kerana berjaya mengawal situasi tidak diduga seperti itu dengan baik.
"Mungkin dia tidak naik pentas untuk tempoh yang lama. Mahu kawal adrenaline rush bukan senang. Memang boleh diserang panik. Lagi-lagi ada sejarah gangguan keresahan," ulas seorang pemerhati.
Komen Pilihan
"Pelakon lagenda. Hero-hero filem lama di dunia sebenar pun memang macam hero," puji seorang netizen.
Sumber:
Wikipedia Festival Filem Malaysia Ke-32
Wikipedia Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia