Oleh pada 11 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @maya_karin & Instagram @sharnaazahmad

       

Pelakon Maya Karin memuat naik status mempersoalkan tindakan Zarith Sofia yang memelihara seekor beruang matahari di kondo miliknya.

Maya menegaskan sekiranya penyanyi itu ingin merawat haiwan berkenaan, beliau seharusnya menghantar anak beruang itu ke klinik haiwan daripada memeliharanya di rumah.

"Tidak, saya tak fikir begitu...

"Kalau jumpa beruang tepi jalan nak selamatkan penuh ikhlas, sekurang-kurangnya kita akan bawa ke vetarinar yang akan buat laporan.

"Beruang bukan kucing kurap boleh jaga dengan nasi, ikan seumur hidup," tulis Maya di Twitter.

Dalam pada itu, lain pula reaksi pelakon Sharnaaz Ahmad yang memohon orang ramai supaya berhenti menghakimi Zarith yang juga dikenali sebagai Pia itu kerana kemungkinan wanita berkenaan hanya berniat untuk merawat haiwan tersebut.

      

maya karin selar zarith sofia namun lain pula reaksi sharnaaz ahmad 2

Kredit foto: Instagram @oohhpiaa

      

"Cuba bersangka baik bab beruang matahari tu. Mana tahu hati dia mulia tolong rawat dan jaga sementara.

"Jangan cepat sangat lompat si katak lompat dalam menilai orang, kawan.

"Kemuliaan orang kita tak cari, keburukan kita jangan ditanya kenapa Allah tak lindung. Fikir..," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Instagram Story.

Terdahulu, Zarith ditahan di kondominium miliknya di Desa Pandan Kuala Lumpur selepas gagal menunjukkan dokumen pemilikan beruang itu. Beliau disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran.

      

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)