Kredit foto: Instagram Amyza Aznan & Instagram Maya Matahari
Pelakon Amyza Aznan memberitahu dirinya telah diamanahkan oleh Maya Matahari untuk merahsiakan penyakit kanser yang dihidapi oleh penyanyi iu.
Tidak sekadar itu, Amyza berkata, Maya sudah menderita sakit berkenaan sejak menjejakkan kaki ke pentas Gegar Vaganza (GV) pada tahun 2018.
Kredit foto: Instagram Amyza Aznan
"Ya Ayalija (nama panggilan Maya), masa ni siapa pun tak tahu Aya sakit kan, tapi hari ini (semalam), Aya dah tak sakit lagi kan.
"Aku tunaikan amanah aku pada kau, rahsiakan sakit kau, tapi hari ini (semalam) tolong bagi aku jumpa kau," tulisnya di ruangan kapsyen sebuah kiriman Instagram.
Keterangan perkongsian itu turut diiringi video persembahan arwah yang mendendangkan lagu Hilang Segalanya sewaktu minggu kedua GV.
Selain itu, paparan skrin mesej WhatsApp di antara dia dengan arwah juga dipaparkan, bercerita mengenai perkembangan kesihatan arwah pada November lalu.
Kredit foto: Instagram Amyza Aznan
"Mija (panggilan buat Amyza), aku baru keluar hospital Rabu lepas. Lima hari dalam ICU (Unit Rawatan Rapi) untuk pembedahan buang air bertakung kat jantung dan paru-paru aku," tulis Maya dalam kiriman WhatsApp berkenaan.
Terdahulu, Maya ataua nama sebenarnya, Myanaliza Ruslee, 44, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh, Selangor, semalam.
Beliau yang menderita penyakit kanser tisu (sarcoma) pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, sebelum berpisah pada 17 Ogos 2015.