Oleh pada 11 Dec 2017 kategori

Kredit foto: freemalaysiatoday.com & kakishare.my

Hos sensasi, Azwan Ali, mempersoalkan kedudukan Fathia Latiff dalam industri hiburan yang dikatakannya masih mentah dan belum sampai ke tahap primadona untuk bersuara.

Jujurnya, kata Azwan, setiap artis sememangnya mempunyai hak untuk bercakap tetapi perlu ada batasannya dan sedar kedudukan diri.

"Dia (Fathia) siapa? Siapa pelakon Malaysia yang hebat? (Contohnya) Erra Fazira lah. Ini Erra Fazira yang primadona itu pun diam saja.

"Saya bukan dengki dengan dia tapi bukan masa dia nak bercakap, dia budak baru sangat. Ke dia nak cari populariti?," katanya dalam kenyataan kepada portal Mstar Online.

Azwan membuat kenyataan tersebut di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017, pada Sabtu.

Sementara itu, Azwan meminta Fathia yang digelarkannya sebagai 'masih berhingus' supaya memperbaiki gaya lakonan terlebih dahulu sebelum sibuk mengkritik bidang lain.

"Itulah kau dik, bak kata Dira pergi belajar berlakon kan? Kau sibuk nak perjuangkan politik.

"Lepas itu kau meroyan bising dapat peluru... pergi buat Bigo Live lah bahagian dua," katanya merujuk kepada video Bigo Fathia yang pernah menjadi kontroversi sebelum ini.

Terdahulu, aktres Dira Abu Zahar menyelar Fathia kerana bersuara lantang tentang isu politik di laman sosial.

Namun, Fathia menerusi kenyataan balasnya menganggap setiap manusia mempunyai hak untuk bercakap sebagaimana Dira yang berhak mengkritik dirinya.

Pada Sabtu lalu, Fathia mendakwa dia telah diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang mengugut untuk menembaknya. 

Sumber berita: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)