Kredit foto: malaysianaccess.com & Instagram Dira Abu Zahar

Fathia Latiff, tidak gentar dengan apa yang disuarakannya walaupun menerima kecaman rakan selebriti, Dira Abu Zahar.

Fathia berpendapat, setiap manusia mempunyai hak untuk bercakap sebagaimana Dira berhak mengkritik dirinya.

"Dira mempunyai hak untuk mengatakan apa yang dia mahu dan begitu juga dengan saya.

"Yang pasti, saya berdiri teguh dengan setiap apa yang saya perkatakan tanpa rasa takut atau perlu meminta pertolongan daripada sesiapa," kata Fathia dalam kenyataan di laman Twitter.

kena sound dengan dira abu zahar ini jawab fathia latiff 2

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Terdahulu, Dira menyelar Fathia kerana bersuara lantang tentang isu politik di laman sosial.

Kata Dira, Fathia perlu 'turun padang' jika mahu berdepan masalah yang dihadapi rakyat.

Fathia sebelum ini mendapat pujian mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, kerana keberaniannya menyatakan pandangan berkaitan isu politik semasa untuk kebaikan semua pihak.

Pujian Tun M itu dikeluarkan dalam sebuah rakaman video yang menjadi tular dan turut dimuat naik Fathia di laman Instagramnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)