Kredit foto: Instagram Fasha Sandha
Pelakon Fasha Sandha menolak secara baik hasrat seorang pengikut Instagramnya yang ingin melamar beliau sebagai isteri.
"Terima kasih sebab ada keinginan nak kahwin dengan kakak yang dah tak berapa muda ini," ujar Fasha.
Difahamkan, jejaka yang mencuri perhatian ramai itu baru sahaja menjengah usia 18 tahun.
Menerusi responnya, Fasha memberitahu, lelaki muda itu sewajarnya menjadikan pelajaran dan keluarga sebagai keutamaan di usia mentah tersebut.
“Adik... baru 18, janganlah ajak kakak kahwin. Belajar dulu ya. Tolong keluarga awak dulu," Fasha menolak secara berhemah.
Dalam perkembangan berkaitan, foto yang dikongsi beliau pada Jumaat lalu kemudiannya mendapat reaksi balas Aidil Aziz, aktor yang dikaitkan bercinta dengannya.
Aidil menulis bahawa dirinya sedang berada di hati Fasha sebagai menjawab pertanyaan ibu tunggal kepada dua anak itu yang meninggalkan komen bertanya 'Di mana anda sayang'.
Kredit foto: Instagram Fasha Sandha
"Im in your heart @fashasandha," balas Aidil.
Terdahulu, remaja lelaki itu menjadi tumpuan kerana ingin memperisterikan Fasha dalam kenyataan yang diluahkan di ruangan komen, hingga mendapat 42 komen dan 153 tanda suka, seterusnya menimbulkan perbualan hangat di kalangan netizen.