Kredit foto: BH Online
Sebelum ini terdengar desas-desus mengatakan pelakon cantik, Sari Yanti sedang hamil anak pertama.
Namun, baik Sari Yanti mahupun suaminya, pelawak dan juruhebah radio, Jep Sepahtu masing-masing memilih untuk mengunci mulut daripada mengesahkan dakwaan tersebut.
Terkini, rakan artis, pelakon Fasha Sandha memuat naik kiriman foto di Instagram berserta kapsyen yang mengundang tanda tanya ramai.
Kredit foto: Instagram Fasha Sandha
Mana tidaknya, Fasha memetik gelaran 'preggy mom' yang dipercayai ditujukan kepada Sari Yanti.
Di ruangan komen, para peminat mengambil kesempatan itu untuk merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan popular ini sekiranya perkhabaran yang diterima itu benar.
Begitupun, empunya badan masih belum meleraikan spekulasi yang semakin hangat meniti di bibir netizen ini.
Sumber berita: Sinar Harian