Aktres jelita, Fasha Sandha memuat naik surat terbuka di laman Instagram ditujukan kepada bakal suaminya.

Menerusi ‘surat terbuka buat bakal suami’ itu, Fasha meminta mana-mana lelaki yang sudah atau ingin mengisi 'borang' supaya membaca terlebih dahulu isi kandungan surat berkenaan.

“Surat terbuka ini untuk bakal suami. Walaupun tak tahu siapa orangnya, Allah akan tentukan.

“Kepada yang sudah isi borang dan akan isi borang, boleh baca awal-awal okey,” tulisnya.

Salah satu daripada isi kandungan surat itu menyatakan akan keterujaan beliau untuk bertemu dengan bakal suaminya, sekaligus mengharapkan ia sebuah pertemuan yang hebat.

Malah dia memohon agar lelaki berkenaan tidak meninggalkan dirinya bersama anak-anak.

Kapsyen entri itu antara lain disertai tanda pagar berbunyi #janganserioussangat #jangansibuknakkecam #justforfun.

surat terbuka daripada fasha sandha 2

Sebelum ini, Fasha pernah menyasarkan untuk kembali berumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi. 

Namun pelakon berusia 34 tahun itu mengaku belum ada jejaka yang menambat hatinya untuk dijadikan calon. Katanya, ia hanyalah sekadar perancangan.

Jika sebelum ini beliau juga pernah merancang mahu bersuami di usia 28 tahun, dia bersyukur apabila Allah memudahkan jalannya.

“Orang kata, ia tepat pada masa. Insya Allah kalau ada jodoh, saya pasti berkahwin juga. Jadi doakan saja yang terbaik. Ini semua kerja Allah,” katanya.

Terdahulu, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram pada tahun 2012 dan berpisah pada tahun 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua zuriat iaitu, Putri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal Ramli.

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)