Kredit foto: Instagram Fasha Sandha
Pelakon, Fasha Sandha yang diburu gosip percintaan dengan aktor Aidil Aziz, dilihat berpelukan dengan jejaka itu dalam video dirakam oleh orang awam.
Tampil berdepan isu itu, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini yang sebelumnya menafikan hubungan istimewa mereka, bagaimanapun enggan mengulas lanjut baik berkenaan Aidil mahupun aksi dalam rakaman video berdurasi 22 saat itu.
“Saya tak nak komen lebih lanjut mengenai video yang tular itu dan saya tak akan komen apa-apa. Tak nak memanjangkan lagi isu itu.
“Buat masa sekarang saya tak bersedia lagi nak bercakap tentang hubungan kami,” kata Fasha kepada Mstar Online.
Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri malam gala filem Blok 404 di The Curve, di Petaling Jaya pada Selasa.
Sementara itu, Fasha menyifatkan Aidil sebagai kawan lelaki yang rapat dengannya, selain menggelarkan status dirinya sebagai ‘single but not available’.
Kredit foto: Instagram Aidil Aziz
“Memang dia adalah kawan lelaki yang rapat dengan saya. Itu sahaja yang boleh saya komen dan beritahu. Sekarang ini saya masih single but not available,” katanya.
Perhubungan antara mereka mencuri tumpuan ramai apabila kerapkali dilihat bersama lewat ini.
Difahamkan, pasangan ini berkenalan sejak bekerjasama menjayakan sitkom Mamu Mami Gosip pada awal tahun.