Oleh pada 23 May 2017 kategori

Kredit foto: Astro Gempak 

Kontroversi yang tercetus di Majlis Fenomena Aidilfitri 2017 yang membawa ketegangan kepada dua pelakon jelita, Nora Danish dan Fasha Sandha masih hangat diperkatakan.

Namun beberapa dakwaan susulan yang timbul telah memanggil Nora untuk menyuarakan sesuatu.

Nora dalam kenyataan terbarunya memberitahu tindakan saman yang dikemukakannya baru-baru ini tidaklah berniat untuk 'mencari gaduh' dengan artis berkenaan, sebaliknya dia hanya mahu menamatkan perang yang tercetus antara mereka selama ini. 

punca sebenar nora danish saman fasha sandha 2

Kredit foto: hangat.com

Perjuangan mencari kebenaran ini bukan untuk pertahankan diri Nora sendiri. Kali ini untuk suami dan keluarga tercinta serta perniagaan yang diusahakan. Nora sekarang dah tak macam dulu lagi. Kini dah bergelar isteri. Sudah tentulah impak kenyataan palsu yang dibuat itu telah mengguris banyak hati. Bukan saya seorang. Sebab itu Nora mengambil keputusan untuk menoktahkan segala-galanya secepat mungkin biar masalah selesai ikut saluran yang betul. Benda ini bukan benda baru pun, selama ini banyak fitnah yang bertebaran, Nora tak layan. Tapi bila difikirkan balik, sampai bila Nora nak bagi orang lain pijak kepala? Itu yang Nora buat, bertindak.

Sumber: Utusan Mingguan

Bagaimanapun di sebalik kemelut besar yang melanda, Nora akui dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap Fasha. 

punca sebenar nora danish saman fasha sandha 3

Kredit foto: manggamedia.com.my 




Hakcipta iluminasi.com (2017)