Kredit foto: blogammar.com
Sebelum ini netizen dikejutkan dengan luahan perasaan kecewa aktres Fasha Sandha menerusi akaun Instagramnya.
Dalam luahan tersebut, Fasha melahirkan rasa terkilan selepas mendapati terdapat kesan luka di sebelah mata salah seorang anaknya, Jemaima.
Difahamkan kecederaan itu berlaku ketika anak beliau sedang berada di bawah jagaan bekas suami, Jejai.
Apa yang menarik perhatian ramai, selepas Fasha memuat naik berita buruk tersebut, ada di kalangan pengikutnya yang menganggap tindakan Fasha seperti mahu membesar-besarkan isu yang kecil untuk meraih perhatian.
Enggan berdiam, Fasha tampil dengan sebuah kenyataan terkini yang dimuatkan di Instagram Stories.
Dalam luahan tersebut beliau mendedahkan perkembangan terbaru kisah berkenaan. Menurut Fasha, bekas suaminya telahpun mengakui kecuaian beliau yang menyebabkan anak mereka cedera.
“Bekas suami aku pun mengaku kesilapan dia cuai, dia terlepas pandang ketika jaga anak-anak aku," tulisnya.
Fasha juga menghentam netizen yang bermulut longkang kerana mengkritik tindakannya yang dikatakan ingin mencari publisti murahan.
Aktres berkenaan enggan urusannya dicampuri oleh pihak yang tidak berkenaan.
“Kau yang tiada ada kena mengena dalam isu aku, nak masuk campur apa hal? Jaga hal masing-masing.”
Kredit foto: Beritamemey & Instagram Fasha Sandha