Kredit foto: ammboi.com
Sebelum ini industri hiburan pernah digemparkan dengan pergolakan rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle sehingga ke tahap Diana hampir menfailkan penceraian.
Bagaimanapun pasangan itu akhirnya berbincang untuk menyelamatkan rumah tangga mereka dan kemudian membatalkan niat penceraian tersebut.
Namun tiada angin tiada ribut, tiba-tiba netizen dikejutkan pula dengan sebuah lagi kiriman Instagram terbaru Diana dan Farid.
Pasangan itu dalam tulisan kiriman masing-masing menggambarkan yang mereka sedang tinggal berasingan dan menjaga anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora mengikut giliran ketika Hari Raya.
Cerita pagi tadi, kombinasi awak bersama kanak-kanak lelaki dan perempuan akhirnya menjadi, apa-apa sahajalah. Ibu #kumpulanrayakl mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kejap nanti giliran Babah #kumpulanrayaKedah pula bersama budak kecil berdua ini. Selamat bergembira dan makan puas-puas. Jangan lupa kumpul duit raya. Ibu tahu anda akan berada dalam jagaan yang baik bersama Babah. Saya akan merindukan budak-budak kecil ini. Jadi, ada lagi tak kumpulan #rayaKL? Angkat tangan!
Selamat hari raya. Maaf zahir batin saya mohon daripada semua. Terutama kepada Muhammad serta Nur Aurora. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu keriangan buat anakanda berdua. Babah di sini mendoakan semoga anakanda berdua senantiasa dilindungi Allah SWT dan berada dalam keadaan sihat. Saya rindukan kedua-dua awak, Muhammad dan Aurora.
Kredit foto: Instagram Farid Kamil , Instagram Diana Danielle
Farid memberitahu bagaimana dia merindui kedua-dua anaknya ketika Hari Raya Pertama. Manakala Diana pula menerusi kiriman Instagram di Hari Raya Kedua menyatakan dia bakal melepaskan anak-anaknya itu ke tangan Farid untuk dijaga suaminya.
Tidak diketahui apakah situasi sebenarnya yang berlaku. Namun kita doakan sahaja yang baik-baik buat pasangan ini.
Kredit foto: budiey.com