Kredit foto: Instagram Elyana
Penyanyi Elyana mengakui dia tidak pernah mengambil minuman kesihatan Pamoga kerana mendakwa ia mengandungi kandungan gula tinggi serta gamat yang tidak sesuai untuk pesakit kanser.
Elyana memberitahu, dia mengatakan dia minum Pamoga sebelum ini kerana ingin berbudi bahasa dengan pengasasnya, Datuk Seri Vida, namun tidak mahu lagi berbuat demikian.
"Tak elok untuk pesakit kanser sebab dia ada gamat dan gula. Manis sangat. Orang cakap, saya tak tahu sebab tak pernah cuba.
"Hari itu akak cakap minum, biasalah depan kamera kita kadang-kadang, orang berbudi kita berbahasa.
"Tapi memandangkan orang tidak berbudi dan cuma berbahasa pada saya atas itu (pentas), jadi saya nak berterus terang di sini saya tidak minum. Masih ada lagi bukti," tegasnya.
Kenyataan tersebut dibuat menerusi rakaman Instagram Secara Langsung.
Menerusi laporan Beautifulnara, sumber kepada portal itu memberitahu Elyana terasa hati kerana Vida mempertikaikan keputusan 'Anugerah Gelora Vida Vaganza' daripada sistem undian like peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) yang berpihak kepada Elyana, walhal sistem itu dicipta oleh Vida sendiri.
Malah ada yang sanggup menuduh Elyana menggunakan program 'auto-like' semata-mata untuk meraih anugerah itu setiap minggu.
Kata sumber itu lagi, dakwaan yang dilontarkan jelas tidak berasas kerana sebagaimana yang diketahui ramai, Elyana merupakan peserta paling popular di kalangan bintang Gegar Vaganza musim ini.
Kredit foto: Instagram Elyana
Terdahulu, Elyana dalam sebuah video temubual bersama Vida selepas konsert Gegar Vaganza berakhir, mengatakan tenaganya bertambah baik selepas mengambil minuman Pamoga.
Vida dalam video yang sama mendedahkan Pamoga mampu membantu mengubati kanser di mana kanser tahap empat boleh turun menjadi tahap dua.
Namun kenyataan itu mendapat perhatian pengamal perubatan dan pesakit kanser yang menganggap dakwaan yang dikeluarkan Vida itu mengelirukan orang ramai.
Sumber berita: Beautifulnara