Kredit foto: amazingnara.com

Terus terseret dengan kecaman kerana tidak berhijab, penyanyi, Erneelya Elyana Emrizal, 30, akhirnya membuka mulut menjawab isu yang hangat didebatkan di media sosial itu.

Tidak menafikan kebenaran kata-kata netizen yang menasihatinya, Elyana berlapang dada mengambil kritikan itu sebagai satu doa.

Elyana berkata, dia berharap doa orang ramai yang ingin melihat dia berubah ke arah kebaikan akan termakbul.

"Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan segala nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul.

"Saya setuju dengan komen-komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya.

"Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu," kata Elyana menerusi portal Astro Gempak.

Menceritakan lebih dalam tentang perasaannya menerima kecaman itu, Elyana memberitahu:

"Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan.

"Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati.

"Saya menghargai setiap komen dan doa yang ditulis peminat kepada saya."

Elyana yang tersingkir di minggu kelima Gegar Vaganza 4 pada Ahad lalu, mengejutkan ramai apabila mendedahkan dia adalah penghidap kanser kelenjar tahap empat.

Meskipun dihujani kata-kata semangat peminat, namun ada netizen yang tidak sensitif melontarkan pelbagai bentuk kecaman di media sosial, termasuk mempertikaikan imejnya yang tidak berhijab.

dikecam masih tak berhijab akhirnya ini respon elyana 2

dikecam masih tak berhijab akhirnya ini respon elyana 3

Sumber berita & Kredit foto: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)