Oleh pada 13 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Elyana

Penyanyi Elyana memberi reaksi terhadap komen biadab seorang netizen yang tidak sensitif terhadap kehidupannya. 

Sebelum ini, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal memuat naik kiriman mengatakan dia tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan orang kerana bukan mereka yang menyara kehidupannya.

“Aku tidak peduli dengan mulut orang. Ini kerana bukan mereka yang memberi mulut aku makan. Aku bukan orang yang baik, tetapi aku tidak suka menentukan orang lain jahat atau pun baik,” tulisnya.

Seterusnya, kiriman itu diserang komen netizen berkenaan yang tidak berpuas hati hingga sanggup melayangkan makian menggunakan kata-kata kesat.

elyana dimaki secara terbuka 2

Kredit foto: Instagram Elyana

Tidak dapat membendung perasaannya lagi, Elyana memilih untuk berkongsi komen itu sambil memberitahu sukar untuk dirinya memaafkan individu terbabit atas apa yang dilontarkan.

Malah dia berharap apa yang diperkatakan pemilik akaun itu akan berbalik semula kepada dirinya termasuk keluarga beliau.

“Alhamdulillah.. saya tak tau apa salah saya dengan awak dan yang lain-lain. Semoga semua kata-kata anda terhadap saya berbalik kepada anda, serta keluarga yang anda sayangi," katanya.

Luah ibu kepada seorang cahaya mata ini, yang juga penghidap Kanser Limfoma tahap empat itu, dia berharap netizen memahami emosinya sebagai seorang manusia biasa. 

“Saya tidak pernah menggangu anda, serta keluarga. Jika saya ada reply comment, dengan ayat yang tidak boleh anda terima kerana anda merasakan ianya kasar, sama juga seperti saya.

“Saya juga punya perasaan dan punya keluarga yang masih mempunyai perasaan. Tak kan kerana artis, saya tidak layak untuk membela diri saya ketika orang rancak menghina? Apa yang boleh saya katakan disini, saya susah untuk memaafkan anda,” luahnya.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)