Oleh pada 03 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Elyana

Sekian lama menjadi mangsa buli siber, penyanyi Elyana tampil bersuara lantang mempertahankan dirinya.

Elyana dalam sebuah rakaman video yang dikongsi menerusi InstaStory memohon agar haknya dihormati atau mereka boleh sahaja berhenti mengikutinya di laman sosial itu.

Malah Elyana atau lengkapnya, Erneelya Elyana Emrizal berpesan agar segelintir netizen ini menasihatinya dalam kiriman mesej peribadi.

"Kau orang yang rasa manusia dan bagus sangat tu, tolong hormat orang sikit.

"Kalau rasa tak suka jangan tengok. Kalau nak nasihat sangat, menggelegak dan menggeletar sangat nak nasihatkan orang tolong DM (direct message).

"Jangan kurang ajar sangat!," katanya.

Dikatakan, penyanyi Diriku Tapak Sulaiman ini naik hantu selepas penampilannya yang tidak berhijab sering menerima kecaman netizen sehingga dikaitkan dengan penyakit kanser dihidapinya.

elyana mengamuk di instagram 2

Kredit foto: Instagram Elyana

Sementara itu, sebelum tampil dalam rakaman berkenaan, Elyana terlebih dahulu memuat naik beberapa status di InstaStory bercerita tentang kesabarannya yang sudah berada di penghujung.

Tidak sekadar itu, beliau mengatakan penyakit yang dihidapinya itu tidak menghalang beliau untuk meludah netizen yang kurang ajar.

"Ada hari aku boleh bersabar. Kau pijaklah kepala aku macam mana pun aku boleh sabar.

"Tapi ada harinya yang tahap kesabaran aku tak ada langsung.

"Ya, aku sakit kanser tapi bukan bermakna aku tak boleh ludah kat muka korang yang biadab," tulisnya.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)