Kredit foto: Instagram Bazli UNIC

Anak Bazli (kumpulan nasyid UNIC), Muhammad Syahid Bazli Hazwan, 4, yang menghidap penyakit kanser limfoma telahpun meninggal dunia pada jam 7.20 pagi semalam di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Bazli menerusi akaun Instagramnya. 

anak bazli unic akhirnya hembuskan nafas terakhir 2

Kredit foto: Instagram Bazli UNIC

Anak ayah kesayangan, Syahid dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid, anakku.

Untuk info, Syahid dilahirkan pada 27 Oktober 2013 dan mempunyai masalah autisme.  

Awalnya, penyakit Shahid tidak dapat dikenalpasti iaitu sewaktu beliau mula tidak sihat pada Disember tahun lalu. Bagaimanapun dia akhirnya disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga, Februari lepas.

Takziah diucapkan buat Bazli sekeluarga atas kehilangan putera kesayangannya.

Di sini kami kongsikan video Instagram terakhir Bazli bersama Syahid yang dimuat naiknya sekitar seminggu lalu.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)