Kita pasti merasa lebih senang jika kita tak perlu membasuh pakaian setiap hari. Apatah lagi apabila barang yang perlu dibasuh adalah barang seperti selimut tebal atau cadar yang menyukarkan urusan membasuh dan mengeringkannya.
Bolehkah penggunaan cadar dan selimut lebih daripada seminggu dilakukan? Jika anda merasakan jawapannya boleh, anda mungkin terkejut dengan hasil kajian ini. Dr.Lisa Ackerley, seorang doktor pakar dalam bidang Chartered Environmental Health Practitioner dan berpengalaman selama 25 tahun telah melaporkan yang kurangnya rutin harian membasuh cadar tilam setiap minggu mampu memberikan kesan buruk kepada kesihatan anda.
BESARKAN TEKS A- A+
Penemuan beliau pasti membuatkan anda merasa geli.
"Imbas semula apa yang kita buat di atas tilam," kata Dr.Ackerley. "Besar kemungkinan atas tilam telah berlaku pelbagai aktiviti selain tidur. Ada yang bekerja, jadikan tempat makan atau jika yang memlihara haiwan peliharaan, kawasan mereka bermain."
"Bergantung kepada apa yang kita buat di atas katil dan berapa bersih badan kita semasa kita hendak masuk tidur, kawasan katil berkemungkinan boleh jadi sangat kotor."
Dr.Ackerley menyebut yang di permukaan badan kita memang mengandungi pelbagai bakteria dan kulat yang tidak mengganggu, tetapi apabila berada di dalam kawasan yang berkemungkinan lembap atau panas seperti permukaan tilam, makhluk halus itu membiak dengan lebih cepat. Salah satunya adalah staphylococcus aureus. Bakteria ini mampu menyebabkan jangkitan pada kulit dan kulit terdedah, masalah salur kencing, pneumonia dan bacteraemia (jangkitan pada salur darah) jika bakteria tersebut mampu masuk ke dalam badan.
Bakteria dan kuman itu sebenarnya menjadikan cadar kita sebagai kawasan mereka membiak.
Jangkitan yis dan fungus juga mampu berlaku jika kita tidak membasuh cadar dengan kadar kekerapan yang diperlukan. Yis pula mampu menyebabkan masalah pada bahagian lipatan kulit yang selalu mengandungi kelembapan. Cadar memang mengandungi yis jadi jika tidak dibasuh menggunakan air bersuhu tinggi, peluang anda untuk mendapat jangkitan fungus juga tinggi.
Masalah lain adalah masalah hama tilam atau dust mites. Hama hidup dengan memakan sel kulit yang telah mati. Walaupun tidak mampu membuatkan manusia dijangkiti penyakit, mereka mampu menyebabkan manusia mengalami alahan. Orang ramai hilang hampir 10 gram kulit setiap hari dan ini memberikan jumlah makanan yang banyak kepada hama. Kemudian selepas makan, mereka akan beristinjak lalu mengeluarkan enzim yang mampu menyebabkan alahan pada manusia. Alahan ini boleh menyebabkan asthma dan selesema.
Dianggarkan secara purata, 10% daripada berat sebiji bantal yang sudah pun digunakan selama 2 tahun adalah hasil daripada berat hama dan najis yang mereka keluarkan.
Doktor pakar mengesyorkan supaya cadar tilam dibasuh dengan air melebihi 60 darjah selsius, mengamalkan mandi sebelum tidur, menggunakan penggunaan sarung bantal dan pelindung tilam. Amalan membersihkan kawasan sekitar tilam dengan menyapu dan vakum juga amat digalakkan. Yang lebih penting, cadar ditukar dan dibasuh setiap seminggu sekali atau paling kurang dua minggu sekali.
Artikel ini adalah terjemahan daripada artikel ini