Laut merupakan tempat yang belum habis diterokai oleh manusia.
Laut juga mengandungi berjuta-juta spesis hidupan yang hidup sama ada di air atau permukaan lantai laut yang sangat dalam. Apabila dilihat hidupan-hidupan di dalam laut dan dibandingkan dengan hidupan lain yang selalu kita lihat di hutan, sungai dan tasik, memang terpapar benar perbezaan rupa parasa makhluk-makhluk tersebut yang hidup dalam suasana gelap, kerana cahaya suria hanya mampu mencecah sehingga 1000 meter kedalaman laut.
BESARKAN TEKS A- A+
Maknanya, ada banyak hidupan di bumi ini yang tidak pernah merasai kehangatan bahang mentari seumur hidupnya. Berikut adalah 7 hidupan laut dalam paling ganjil yang menjadi pilihan kami.
1. Goblin Shark
Dikatakan pupus tetapi sebenarnya masih banyak yang hidup, penemuan goblin shark pertama berlaku pada tahun 1985. Pada tahun 2003, beratus ekor goblin shark ditemui di Taiwan selepas berlakunya gempa bumi.
Mampu membesar sehingga 5 meter, goblin shark duduk di laut dalam dan bergerak mencari makanan dengan menggunakan organnya yang sangat sensitif kepada persekitaran.
2. Black Swallower
Mempunyai perut yang besar, black swallower mampu menelan ikan yang lebih besar dari saiz badan asalnya.
Hanya dijumpa di laut beriklim tropika pada kedalaman lebih 700 meter, black swallower mampu mengembangkan perutnya untuk mencernakan mangsa beliau yang mempunyai saiz dua kali ganda serta berat lebih kali ganda black swallower.
3. Frilled Shark
Hidup dalam kedalaman sehingga 1500 meter di bawah laut, memang penemuan frilled shark adalah sesuatu yang amat jarang berlaku.
Dikatakan amat mirip dengan hidupan laut ketika zaman dinosaur tinggal di bumi, frilled shark mampu membesar sehingga 2 meter saiz. Pernah dijumpai di Jepun pada tahun 2007 tetapi mati beberapa jam kemudian selepas dipindahkan.
4. Fangtooth Fish
Bersaiz kecil sahaja sekitar 16 sentimeter, fangtooth fish duduk dalam kedalaman 2000 meter kebanyakannya tetapi juga pernah ditemui pada kedalaman 5000 meter.
Walaupun mempunyai taring yang menakutkan, ikan ini tidak berbahaya kepada manusia. Ikan fangtooth ini mempunyai kitaran hidup yang sama, pada waktu siang akan kekal di bahagian paling dalam kemudian menjelang petang, akan berenang ke atas mencari makan.
5. Tongue Eating Louse
Makhluk 'comel' ini adalah makhluk bersifat parasit. Ia akan masuk ke mana-mana badan ikan melalui insang dan kemudiannya akan bertindak memakan lidah ikan tersebut sehinggalah lidah asal ikan itu tercabut. Yang mengerikan, tongue eating louse ini kemudiannya akan menyambungkan badan mereka ke tapak lidah yang sudah dipotong tadi, untuk menjadi lidah baru kepada ikan tersebut.
Yang hebatnya, ikan tersebut mampu menggunakan makhluk tersebut sebagai lidah mereka seperti biasa. Cuma, makanan yang ditelan oleh ikan perlulah dikongsi bersama-sama dengan lidah mereka pula.
Begitulah beberapa contoh yang dapat saya kumpulkan untuk hari ini. Indahnya ciptaan Allah swt. kerana menjadikan bumi yang kita diami ini, cukup banyak rahsianya yang sehingga sekarang, pasti akan ada saja penemuan-penemuan baru yang membuktikan kuasa Dia yang tidak terhingga.