Oleh pada 14 Apr 2017 kategori

Jika kita bercerita berkenaan kebersihan tangan, selalunya pasti kita akan terlupa mengenai satu elemen yang selalu tidak dititik beratkan. Keperluan mengeringkan tangan selepas tangan dicuci.

Secara amnya, 85% bakteria adalah dipindahkan melalui tangan yang basah sementara tangan yang benar kering pula hanya mampu memindahkan sebanyak 0.06% sahaja jumlah bakteria. Ini menunjukkan tangan yang kering sebenarnya memainkan peranan yang cukup besar dalam membantu mengawal tahap kebersihan tangan kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Kebersihan tangan yang baik, bukan hanya sekadar membasuh tetapi perlu juga dikeringkan," kata Anna Snelling, ketua penyelidik Universiti of Bradford dalam bidang mikrobiologi.

Melalui satu kajian yang dilakukan, 14 peserta dikehendaki memegang ayam mentah kemudian membasuh tangan mereka menggunakan sabun lalu mengeringkan tangan mereka menggunakan kertas tisu, pengering tangan, salah satu pengering tangan baru Dyson atau hanya sekadar merenjis-renjis tangan supaya kering. Selepas itu, peserta diminta memegang satu foil aluminium untuk mendapatkan bacaan jumlah bakteria yang dipindahkan.

iluminasi bersih tangan bakteria sakit hospital

Jangan terkejut pula dengan keputusannya; cara paling baik untuk mengeringkan tangan tanpa memindahkan terlalu banyak bakteria adalah dengan mengesat tangan dengan menggunakan kertas tisu berbanding pengering Dyson ditempat kedua dan pengering tradisional di tempat ketiga. Ini kerana pengering tradisional memerlukan penggunanya mengesat tangan antara satu sama lain untuk mempercepatkan proses pengeringan dan ini hanya menyebabkan baketria semakin terkumpul di atas permukaan kulit.

Faedah sebenar menggunakan kertas tisu adalah dengan mengesat menggunakan tisu, kita sebenarnya sedang mengangkat mana-mana bakteria yang masih belum jatuh ketika dilalukan air.

iluminasi bersih tangan bakteria sakit hospital5

Saranan sebenar untuk mengelakkan jangkitan kuman adalah dengan mengelakkan diri kita daripada menggunakan tuala yang dikongsi dan diguna pakai dalam tempoh yang lama seperti tuala dapur. Kita mungkin membasuh tangan kita dengan sempurna tetapi kita tidak tahu bagaimana pula dengan orang lain.

Masalah paling besar yang akan kita hadapi adalah selepas membasuh tangan, kita terpaksa pula memegang tombol pintu atau pemegang pintu yang dikongsi bersama. Adakah ini akan membuatkan tangan kita kembali dijangkiti bakteria? Jawapannya ya. Saranan penyelidik untuk mereka yang gusar dengan kebeersihan pemegang pintu untuk mengalas tangan dengan tisu lain atau menggunakan kaki untuk menolak pintu.

Kesimpulannya, jika anda selama ini mengamalkan teknik cucian tangan yang betul tetapi tidak mengeringkannya dengan menggunakan kertas tisu, ada baiknya anda mula menjadikan pengeringan tangan sebagai salah satu amalan harian anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)