Kredit foto: budiey.com & Utusan Online
“Fattah ada bercerita akan berkahwin tetapi itu saja.”
Begitulah penjelasan kawan baik Fattah Amin, Ezzam Ezzairy berkenaan spekulasi 'panas' mengatakan Fattah dan aktres Fazura sudah bernikah.
Ezzairy berkawan rapat dengan Fattah selepas sama-sama menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 2011.
Memberitahu portal Harian Metro, Ezzam yang juga seorang aktor berkata, antara dirinya dan Fattah amat rapat sehingga tiada rahsia antara mereka.
“Waktu bertemu dengannya bulan lalu, Fattah ada memaklumkan akan berkahwin tetapi tidak bercerita lebih lanjut. Fattah kata doakan yang baik-baik dan tunggu kad jemputan apabila sampai waktunya.
“Apabila keluar berita mengenai pernikahannya, saya ada menghantar mesej untuk bertanya tapi mesej saya tidak berbalas,” katanya.
Mengenai gosip yang timbul, pelakon Bintang Di Kalbu ini mengakui sedia maklum dengan hubungan yang terjalin antara Fattah dan Fazura, namun enggan masuk campur.
“Saya hanya dengar orang bercakap mengenainya tapi saya tak pernah bertanya secara langsung,” katanya.
Spekulasi pernikahan pasangan sensasi itu terus menjadi tanda tanya apabila mereka bertindak mengunci mulut berkenaan majlis tertutup yang berlangsung di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya, pada Selasa.
Bagaimanapun kedua-duanya berjanji akan membuat penjelasan dalam sebuah sidang akhbar yang akan diadakan selepas selesainya umrah mereka pada 23 November ini.
Sumber berita: Harian Metro