Kredit foto: Instagram Diana Danielle
Sebelum ini kita pernah didedahkan dengan berita pergolakan rumah tangga aktres Diana Danielle dan Farid Kamil yang hampir membawa perpisahan kepada pasangan tersebut. Bagaimanapun hasil perbincangan dari hati ke hati antara mereka telah berjaya menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
Bagaimanapun baru-baru ini Diana telah tampil dengan sebuah pendedahan terbaru mengenai status perkahwinannya.
Menurut Diana, beliau kini sedang berjuang untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang kuat kerana sedang melalui tempoh yang sukar dalam perkahwinan.
Kredit foto: Instagram Diana Danielle
Betul, lima tahun pertama tempoh perkahwinan adalah yang paling sukar. Kami sedang dalam usaha melepasinya setelah berhadapan dengan seribu satu masalah sebelum ini. Untungnya saya dan Farid masih mampu melaluinya dan berhadapan dengan masalah yang datang. Untuk mencari keserasian tentu sahaja memakan masa yang panjang. Pun begitu saya bersyukur mampu bertahan ke tahap ini. Moga rumah tangga kami juga akan bertahan sehingga ke akhir hayat.
Sumber: Berita Harian
Perkahwinan adalah proses untuk mengenali hati budi pasangan. Harapnya Diana dan Farid terus bersifat jujur dan bertolak ansur sesama sendiri. InsyaAllah perkahwinan mereka akan terus berkekalan.