Kredit foto: Instagram Diana Danielle
Pelakon Diana Danielle dalam kenyataan terbarunya mendedahkan dia kini sedang bekerja keras mengumpul pendapatan dan aset kerana ingin bersara awal.
Menurutnya dia mempunyai perancangan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga, justeru meletakkan sasaran untuk bekerja sehingga umur 45 tahun sahaja.
Kredit foto: Instagram Diana Danielle
Sekarang adalah masa untuk saya bekerja keras kerana saya mempunyai impian untuk bersara awal daripada industri. Selama ini, saya sudah menghambakan diri dalam bidang seni sejak kecil dan apa salahnya jika saya memberi ruang kepada diri sendiri untuk menikmati hidup pada usia tua nanti. Ini adalah satu doa yang saya harapkan kerana saya sasarkan untuk terus aktif dalam industri adalah sehingga usia 45 tahun.
Sumber: Astro Gempak
Kata Diana lagi, hasratnya itu turut mendapat persetujuan suami, Farid Kamil.
Kredit foto: Instagram Diana Danielle
Kami mempunyai pandangan dan pemikiran yang sama dalam menentukan hala tuju perjalanan kerjaya untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Sumber: Astro Gempak
Kenyataan tersebut dibuat ketika beliau melancarkan single solo pertamanya, Tentang Kita bersama syarikat Warner Music di Neway Karaoke, One Utama baru-baru ini.