Kredit foto: Beautifulnara
Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan dikejarkan ke hospital selepas ditemui pengsan semalam.
Ketika kejadian, aktor itu menjadi tetamu jemputan rancangan bual bicara siaran televisyen AlHijrah, Assalamualaikum, pada pagi.
Sejurus selepas berakhirnya rancangan siaran langsung itu, dia menuju ke kawasan parkir berdekatan Muzim Kesenian Islam, luar kawasan Pusat Islam, Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi.
Bagaimanapun apabila tiba di sana, aktor berusia 63 tahun itu mengalami sesak nafas sebelum membuat panggilan telefon kepada anaknya menyatakan dia kurang sihat.
Anaknya cuba menghubungi semula Jalaluddin untuk mengetahui perkembangan keadaanya namun gagal.
Kerana risau, anaknya mengambil keputusan memanggil ambulan dan memaklumkan lokasi serta kesihatan ayahnya.
Pada jam 10.30 pagi, ambulan tiba di kawasan parkir tersebut dan membawa Jalaluddin ke Hospital Kuala Lumpur.
Jalaluddin antara aktor veteren yang masih aktif dalam industri lakonan. Antara filem terkininya termasuk Kabali, Lu Mafia Lu Gangster, Desolasi, Sindiket dan I'm Not A Terrorist.