Kredit foto: artisbuzz.com

Sebelum ini usahawan selebriti, Datuk Seri Vida enggan mengulas lanjut akan dakwaan beliau dan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin telah bercerai.

Bagaimanapun dalam kenyataan terkininya, Vida mengesahkan berita tersebut.

Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh.

Sumber: Mstar

Ditanya akan perasaannya, Vida mengakui berasa kecewa kerana seperti wanita lain, beliau mengharapkan hubungan perkahwinannya akan berkekalan. 

Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.

Sumber: Mstar

Menyentuh soal punca perpisahan pula, Vida belum bersedia mendedahkan perkara itu kepada umum kerana bimbang akan menimbulkan fitnah. 

Bagaimanapun beliau tidak meletakkan sebarang harapan dan usaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut. 

Tidakā€¦ sakit ini biar saya yang tanggung.

Sumber: Mstar

Kali terakhir Vida memuat naik foto bersama suaminya di akaun Instagram adalah pada 16 minggu lalu. 

Daripada seorang sumber yang rapat dengan usahawan selebriti tersebut mendedahkan pasangan ini kini dalam proses bercerai secara rasmi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)