Sekarang ni, banyak laman web mengenakan yuran langganan secara bulanan atau tahunan, termasuklah beberapa laman web tempatan yang enggan kami sebutkan. 

Sama ada kita suka atau tidak dengan peralihan daripada era 'informasi percuma untuk semua' kepada 'informasi terhad untuk yang membayarnya' - kami yakin model sebegini akan semakin berkembang, jika tren semasa dinilai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi internet juga merupakan sebuah medan bebas yang memungkinkan apa saja.

Laman web yang disekat aksesnya, masih ada banyak cara untuk kita tetap mampu mendapatkan kandungannya. Ada cara sah. Ada cara yang tidak sah. Berikut adalah lima kaedah yang kami anggap halal untuk anda dapat mengakses kandungan yang disekat.

1. Buka kod HTML laman itu

kod html terkandung teks artikel penuh

Cara paling mudah dan paling senang untuk anda mengakses sesuatu kandungan yang disekat, adalah dengan mengakses kod HTML laman tersebut. Seandainya anda belum tahu, kod HTML atau hypertext markup language adalah sistem bahasa yang diaturcara dalam membentuk laman web.

Dengan perkembangan teknologi pelayar (browser) yang lebih baik, amat mudah untuk pengguna yang tak biasa dengan pengaturcaraan komputer membuka kod yang sedang berjalan di sebalik tabir.

Semua teks atau informasi yang disekat, sebenarnya ada terkandung dalam kod-kod itu, cuma mampu disembunyikan apabila anda melayari laman web dalam format biasa. Kaedah ini bagaimanapun hanya berkesan jika anda mahu mengakses informasi berbentuk teks.

Sekiranya informasi yang anda inginkan adalah dalam bentuk gambar atau video, kaedah ini tidak dapat dimanfaatkan.

Bagaimana nak mengaksesnya? Ketika dalam mana-mana laman web, klik butang kanan tetikus dan pilih 'View Page Source' atau tekan CTRL+U, cari badan teks yang anda inginkan dan bacalah. Memang pening sikit kena hadap pelbagai jenis askara kod tapi kandungannya tetap ada.

Penulis sendiri biasa menggunakan teknik ini untuk membaca berita di mana kita hanya perlukan teks, bagi memahami isi kandungannya.

2. Gunakan fungsi Google Translate

akses laman web berbayar guna google translate

Dulu Google Translate adalah kaedah termudah bagi mana-mana individu mengakses laman web yang disekat.

Sekiranya anda jumpa  laman yang disekat dan anda ingin mengaksesnya, salin saja pautan laman web tersebut, buka laman web rasmi 'Google Translate' dan tampalkan alamat itu ke dalam penterjemah Google.

Ada kemungkinan laman web yang telah diterjemahkan memberikan anda akses penuh kepada seluruh isi kandungannya.

Namun kini sudah banyak pengendali laman web melindungi laman mereka daripada akses Google Translate, di mana tetingkap yang menyekat akses anda kepada informasi yang dicari tetap terpapar walaupun dalam versi laman web yang diterjemahkan.

Kaedah ini tetap masih boleh dipakai, tetapi anda perlu cubalah dulu. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tidak.

3. Google tajuk artikel itu 

laman web berbayar paywall

Bagi setiap laman web popular yang mengenakan yuran langganan, pasti wujud kumpulan individu tidak dikenali yang akan memuatnaik informasi dan isi kandungan yang disekat ke dalam laman-laman popular lain, khususnya forum maya. 

Ruangan forum seperti Reddit misalnya mempunyai kumpulan tertentu yang setiap hari menyalin artikel yang ditulis dalam laman berita popular antarabangsa, lalu ditampal untuk membolehkan artikel dibaca tanpa gangguan.

Walaupun tidak lengkap tanpa gambar yang disertakan sekali dengan artikel, sekurang-kurangnya keseluruhan informasi sudah tersedia untuk dibaca dengan tersusu. Anda juga tidak perlu menyelami kod HTML seperti yang kami sebutkan terlebih awal.

Bagi pengguna tempatan, forum tempatan yang popular seperti Cari atau Lowyat.net juga biasanya mempunyai individu yang bermurah hati menyalin dan memuatnaik teks artikel berbayar ke dalam bebenang mereka. Rajin mereka berkongsi. Terima kasih.

Sekiranya artikel yang anda cari tidak ada dalam laman-laman web yang kami sebutkan, cuba anda lakukan carian google dengan menggunakan tajuk artikel yang ada kehendaki. Ada kemungkinan wujud pautan lain yang berkongsi informasi tersebut.

4. Guna pelayar TOR

pelayar tor bolehkan akses laman berbayar

Kaedah ini pada kami agak samar-samar undang-undangnya jadi gunakan berdasarkan hemah anda sendiri ya!

Anda pasti dah biasa menggunakan pelayar internet seperti Firefox, Chrome, Edge, Internet Explorer (urgh!) atau Opera atau pelayar terbina dalam telefon pintar anda, untuk mengakses internet.

Wujud satu lagi jenis pelayar yang dirujuk sebagai pelayar TOR atau TOR Browser, membolehkan anda melayari internet sambil menyembunyikan nombor IP komputer anda serta melindungi data anda dengan lebih rapi melalui rangkaian TOR atau The Onion Router.

Menggunakan pelayar sebegini tidaklah salah tetapi reputasinya negatif kerana ramai orang menggunakan TOR untuk melakukan perkara salah. Lagipun TOR juga adalah pintu masuk utama ke dunia Web Gelap atau Dark Web yang membawa bermacam kisah misteri.

Ada sesetengah laman web yang mengenakan yuran langganan mampu diakses oleh pelayar TOR tanpa sekatan. Harus kami ingatkan, berbeza dengan 3 kaedah di atas - kaedah ini didakwa menyalahi etika dan undang-undang hak cipta antarabangsa. Terpulang kepada andalah sama ada mahu melakukannya atau tidak.

Bagaimana nak pasang pelayar TOR di komputer atau telefon pintar anda? Cari saja di laman web asalnya atau di stor aplikasi pilihan anda. Harus kami ingatkan - melayari internet menggunakan TOR agak perlahan, kerana semua permintaan anda harus melalui banyak peringkat berbeza demi memadamkan jejak penggunaan anda.

5. Akses melalui Arkib Internet

archive today portal

Sekiranya anda merasakan TOR bukanlah penyelesaian dan tiga kaedah terawal yang kami senaraikan agak terhad, satu-satunya solusi yang kami yakin tinggi kemungkinan untuk berjaya adalah menggunakan portal Archive Today.

Archive Today adalah usaha sekumpulan individu yang membina portal bagi mengarkibkan laman-laman web yang pernah wujud ke dalam satu 'perpustakaan digital' gergasi, memelihara aksesnya untuk generasi akan datang tanpa sebarang sekatan.

Direka supaya sistem penjana arkibnya mampu bergerak sendiri mencari laman web bagi dipelihara atau turut juga boleh dikongsikan oleh pengguna - satu kelebihan yang ada pada Archive Today adalah keupayaannya mengarkibkan juga laman-laman web yang berbayar.

Anda salin alamat laman web yang anda mahu, buka portal tersebut dan tampalkan alamatnya. Sekiranya sudah ada pengguna lain mengarkibkannya, laman itu akan terus dipaparkan di depan anda.

Sekiranya belum, tunggu sebentar dan biarkan pengesannya bekerja merekodkan semua maklumat yang perlu ada...Selepas beberapa minit laman itu akan muncul pada paparan anda. 

 




Hakcipta iluminasi.com (2017)