Oleh pada 26 Apr 2017 kategori

Suhu paling  panas yang pernah di catatkan di Malaysia adalah 40.1 darjah celcius di Chuping, Perlis. Cuaca panas boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan setiap manusia. Antara kesan terhadap kesihatan ialah ia boleh menjadi dari tahap sederhana (mild) kepada sesuatu yang boleh menyebabkan maut, contohnya akibat strok haba. Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba dan ia dikategorikan sebagai yang paling serius. Penyakit ini dianggap serius kerana ia boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation) iaitu suhu badan meningkat kepada 40.5 darjah celcius berbanding suhu normal iaitu 37 darjah celcius.

BESARKAN TEKS     A-  A+

cuaca panas

Salah satu punca yang terjadinya strok haba adalah kerana pendeahan kepada cuaca  dan suhu panas yang terlalu lama. Kekurangan meminum air putih dan dehidrasi juga antara punca boleh berlakunya strok haba. Tanda-tanda tubuh anda sangat memerlukan air boleh dibaca di bahagian ini.

Semua orang berisiko untuk menjadi mangsa kepada cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko iaitu mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain. Orang dewasa juga yang berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda lebih berbanding dengan mereka yang lebih muda. Kanak-kanak yang 5 tahun ke bawah kerana mereka juga berisiko dalam keadaan cuaca panas dan pemantau selalu harus dilakukan oleh ibubapa. Penghidap penyakit sistem pernafasan,penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid juga perlu diberi perhatian yang lebih kerana bimbang akan terkena serangan strok haba.

petani terdedah kepada cuaca panas

Anda juga dinasihatkan supaya tidak memakai pakaian tebal dan ketat kerana ia berisiko untuk menghalang haba keluar daripada penyejatan serta pengeringan peluh. Gejala cuaca panas melampau boleh menyebabkan sakit kepala,keletihan,lemah tumpuan,pening,lemah otot-otot,kekejangan,mual dan muntah. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri. Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau

Apa yang perlu anda buat untuk mencegah? 

  •         Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga
  •         Anda perlu kerap berada di dalam rumah/bangunan
  •         Kurangkan aktiviti luar 
  •         Kerap berehat dan tenangkan diri
  •         Mandi dan juga gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  •         Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang seperti warnah putih dan pakaian sedikit longgar
  •         Pakai topi dan juga payung ketika keluar.

tips strok haba

Anda juga dinasihatkan supaya mengelak dari mengambil minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi. Jangan membiarkan seseorang berada di dalam kereta yang tertutup dan jangan bersenam atau bersukan dalam keadaan cuaca panas melampau. Pastikan anda mendapat bantuan dari pihak kesihatan sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal

Sumber : infosihat

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)