Ketika Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) mengumumkan tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lama dahulu, segelintir pihak menganggapnya sebagai sudah terlambat. Tidak kurang juga yang mengecam kerana beranggapan ianya tidak perlu dan akan memberikan kesan kepada ekonomi.

Namun kini, negara-negara lain di seluruh dunia memuji tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menganggap langkah-langkah yang diambil oleh KKM sebagai terbaik di dunia dan wajar diikuti oleh negara lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun bilangan pertambahan kes setiap hari masih melebihi 100, bilangan pesakit yang sembuh setiap hari juga amat membanggakan. Keberkesanan langkah pengenalan PKP ini dapat dilihat apabila pertambahan kes setiap hari tidaklah meningkat secara exponen dan lebih kurang sekata sahaja.

Berbalik kepada pengumuman TSMY kira-kira 2 hari sebelum pengenalan PKP, seperti yang kita lihat telah terjadi pembelian panik di seluruh negara. Orang ramai berpusu-pusu ke pasar raya membeli stok makanan seolah-olah mereka tidak dibenarkan langsung keluar membeli barang dalam tempoh PKP.

Pengumumuman secara terburu-buru

narendra modi 52

Walaupun terdapat segelintir pihak mengkritik TSMY kerana mahu memperkenalkan PKP 2 hari kemudiannya, ianya jauh lebih baik dibandingkan dengan apa yang berlaku di India. Perdana Menteri India, Narendra Modi hanya membuat pengumuman mengenai pengiystiharan "lockdown" tersebut kira-kira 4 jam sebelum ianya dilaksanakan!

Pengisytiharan ini menyebabkan jutaan rakyat India yang bekerja dan mendapat gaji secara harian terdesak untuk pulang ke kampung halaman masing-masing kerana tidak lagi mampu mencari makan di kawasan bandar. Dalam sekelip mata sahaja, jutaan rakyatnya hilang punca pendapatan.

Pengenalan lockdown selama 21 hari itu juga bermakna segala perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, teksi dan kereta api juga tidak dibenarkan beroperasi. Hal ini memaksa sebahagian besar pekerja yang tidak boleh bekerja dalam tempoh lockdown ini berjalan kaki pulang ke kampung halaman masing-masing.

Apa lagi pilihan yang mereka ada?

Sebahagian besar para pekerja ini adalah tulang belakang ekonomi di bandar-bandar besar antaranya kontraktor pembinaan rumah, tukang masak, penyedia makanan, pelayan di restoran, memotong rambut di salon, mekanik kereta, membaiki paip, penghantar barangan dan surat khabar dan banyak lagi.

Krisis kemanusiaan dan kebuluran

masalah krisis kemanusiaan kemiskinan di india covid 19

Kebanyakan pekerja ini hanya memperoleh gaji sekitar 100 hingga 300 rupee setiap hari bergantung kepada jenis pekerjaan, kawasan dan jantina. Jika ditukar kepada matawang Ringgit Malaysia, nilainya sekitar RM5.71 hingga RM17.14. Gaji sebegini sekadar cukup untuk menampung keperluan harian untuk 1 hari sahaja.

Di media sosial banyak dikongsi video-video mengenai kedegilan rakyat India yang tetap mahu keluar rumah dan bekerja walaupun sedang dikenakan sekatan lockdown. Keadaan ini telah memaksa pihak polis bertindak lebih tegas termasuklah menggunakan rotan.

Jika dilihat pada realitinya, kedegilan kebanyakan mereka ini adalah bersebab. Disebabkan mereka hanya mendapat gaji secara harian, keadaan lockdown selama 21 hari ini akan menyebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan untuk keperluan harian atau lebih teruk lagi mati akibat kebuluran.

covid 19 india

Menurut penduduk, mereka mungkin mendapat penyakit COVID-19 dan mati dalam seminggu dua sekiranya tidak duduk di rumah. Namun, sekiranya mereka tidak bekerja, mereka sekeluarga mungkin mati dalam tempoh 2 - 3 hari sahaja. Begitulah sedihnya realiti sebahagian besar penduduk bandar yang diancam kebuluran.

Pengumuman lockdown ini juga telah menjadikan jutaan rakyat India tiba-tiba menjadi pelarian. Tempat kerja mereka ditutup, sebahagian besar majikan atau kontraktor yang membayar gaji mereka tiba-tiba lesap. Pulang ke kampung halaman menjadi pilihan kerana mereka tidak perlu membayar sewa rumah dan makanan juga lebih murah.

Peningkatan jumlah gelandangan dalam sekelip mata

gelandangan india

Akibat hilang punca pendapatan di bandar, lelaki, wanita dan kanak-kanak telah mula berjalan kaki secara berpuluh dan beratus kilometer untuk pulang ke kampung halaman. Mereka turut membawa barang-barang keperluan penting seperti makanan, air dan pakaian.

Apabila anak-anak kepenatan, ibu bapa akan bergilir-gilir mengendong anak mereka. Keadaan ini mengingatkan kembali pada peristiwa berdarah perpecahan India pada tahun 1947 yang menyaksikan 15 juta manusia telah bermigrasi ke timur dan barat Pakistan secara berjalan kaki.

Keinginan untuk pulang ke kampung halaman ketika waktu-waktu krisis seperti ini merupakan satu perkara yang normal di India. Bukan hanya pekerja-pekerja expat mahu pulang ke negara asal mereka, pekerja di bandar-bandar juga mahu pulang ke kampung halaman. 

pulang kampung halaman

Kajodi Devi yang berumur 90 tahun berjalan pulang sejauh 100km daripada Delhi untuk pulang ke kampung halamannya di Rajasthan

Namun, tidak semua yang berjaya pulang ke kampung halaman masing-masing. Akibat terlalu jauh dan tiada pengangkutan awam, ada yang memilih menjadi gelandangan akibat tidak mampu atau tidak mahu membayar sewa.

Walaupun kerajaan telah mengumumkan pelan rangsangan bernilai AS$22.6 bilion yang menyediakan pemberian wang secara langsung dan sumbangan makanan untuk golongan miskin, ramai aktivis mempersoalkan ketidakjelasan bagaimanakah bantuan-bantuan tersebut akan disalurkan kepada golongan bernasib kurang baik ini. 

Permohonan maaf PM India

perdana menteri india

Tindakan PM India mengisytiharkan lockdown hanya beberapa jam sebelum pelaksaannya telah mewujudkan panik. Ianya dilihat tergesa-gesa tanpa perancangan rapi.

Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian Narendra Modi telah membuat pengumuman permohonan maafnya secara terbuka di radio. Dia turut menyatakan kekesalannya sambil menambah tidak ada pilihan lain bagi mengekang penularan COVID-19 selain langkah lockdown.

Walau bagaimanapun, PM India telah memberi petunjuk bahawa tempoh lockdown yang sepatutnya berakhir pada 14 April ini mungkin akan dipanjangkan. Walau bagaimanapun, perbincangan lanjut bersama menteri-menteri akan menentukan sama ada langkah tersebut akan dilaksanakan atau tidak.

Kredit:

  1. Al-Jazeera
  2. BBC News
  3. Channel News Asia



Hakcipta iluminasi.com (2017)