Dua hari lepas seorang pemandu wanita didakwa di atas kesalahan memandu melawan arus dan mendatangkan kematian serta kecederaan di jalan lebuhraya Sungai Dua, Pulau Pinang.
Cindy Ng, pemandu wanita yang didakwa memanda secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian itu telah dikenalpasti sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis.
Gambar kad OKU yang dimuatnaik di laman sosial juga disahkan asli dan dimiliki gadis berkenaan yang dikeluarkan pada tahun 2011.
Selain itu, ACP Nik Ros Azhan Ab Hamid juga membuat pengesahan bahawa pemandu berusia 19 tahun itu mempunyai kad OKU.
Kredit foto: thereporter.my
Pada hari kejadian, ibu suspek turut memberitahu perkara berkenaan sewaktu membuat laporan polis. Namun, kereta Gen-2 yang dipandunya tidak pula mempunyai pelekat OKU.
Sumber berita: tehpanas.com & bulletinmedia.blogspot.com