Sejarah telah menyaksikan pelbagai jenis kejayaan yang dicapai oleh ramai orang lelaki dan juga wanita. Namun, ia memerlukan keberanian dan semangat yang luar biasa bagi golongan kurang upaya untuk berada pada tahap yang sama.

individu oku tapi berjaya berinspirasi

Walaupun ada sedikit kekurangan dan kelainan upaya, Allah kurniakan pula iltizam yang tinggi kepada mereka. Kami kongsikan 10 tokoh golongan kurang upaya atau kelainan upaya berbanding manusia normal yang tidak pernah patah semangat dan lebih berjaya daripada sesetengah manusia yang sempurna segala sifat:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Ralph Braun

oku yang berpengaruh ralph braun

Dilahirkan dengan penyakit distrofi otot, di mana otot menjadi lemah secara perlahan-lahan, Ralph ialah pengasas Braun Corporation, pengeluar yang menerajui bidang kerusi roda. Syarikatnya juga yang pertama mengeluarkan kenderaan van yang mesra kerusi roda.

2. Helen Keller

oku yang berpengaruh helen keller

Keller ialah pensyarah dan aktivis politik yang dilahirkan buta dan pekak. Beliau juga merupakan orang buta dan pekak yang pertama menerima ijazah. Keller yang memegang ijazah seni itu juga adalah penulis buku terkenal di Amerika Syarikat. Beliau juga adalah salah seorang pengasas Kesatuan Hak Asasi Awam Amerika.

3. Stephen Hawking

oku yang berpengaruh stephen hawking

Stephen Hawking adalah tokoh terkenal di dalam bidang akademik dan juga penerima pelbagai anugerah. Walaupun menderita penyakit motor neuron, beliau adalah salah seorang ahli fizik yang terkenal di dalam bidang sains. Banyak buku yang telah beliau terbitkan dan menjadi sangat popular. 

4. Sudha Chandran

oku yang berpengaruh sudha chandran

Sudha Chandran adalah seorang penari dan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kaki kanannya terpaksa dipotong. Walaupun begitu, beliau telah berjaya menjadi salah seorang penari klasik India yang sangat berpengaruh dan disegani.

5. John Nash

oku yang berpengaruh john nash

Bukan semua bentuk kecacatan itu dalam bentuk fizikal. John Nash mengalami penyakit Skizofrenia Paranoid iaitu penyakit yang mengganggu fikiran dan mental. Namun begitu, penyakitnya tidak menghalang minatnya terhadap bidang matematik. Ilmunya dalam geometri serta persamaan dan pembezaan separa amatlah dikagumi dan kisahnya telah diadaptasikan di dalam filem bertajuk "The Beautiful Mind" lakonan Russell Crowe pada tahun 2001.

6. Ludwig van Beethoven

oku yang berpengaruh beethoven

Nama Beethoven sangat tidak asing lagi terutamanya kepada penggemar muzik. Beliau adalah komposer muzik klasikal yang sangat terkenal. Walaupun beliau kehilangan pendengaran pada usia 26 tahun (perkara terburuk yang boleh terjadi kepada mana-mana pengarang lagu), Beethoven masih tetap meneruskan minatnya dalam menghasilkan seni. Kebanyakan karyanya yang digemari ramai sebenarnya dihasilkan beliau setelah menjadi pekak sepenuhnya.

7. Christy Brown

oku yang berpengaruh christsy brown

Brown ialah seorang penyair, pelukis dan penulis buku yang terkenal dan juga penghidap penyakit palsi serebrum. Dilahirkan di Ireland, Brown tidak dapat bergerak dengan sendirinya sehinggalah berumur 5 tahun di mana hanya kaki kirinya sahaja yang dapat berfungsi. Namun begitu, dengan hanya menggunakan kaki kirinya sahaja, beliau dapat melukis dan menggunakan mesin taip bagi menghasilkan puisi dan buku yang sangat popular sehingga ke hari ini.

8. Vincent van Gough

oku yang berpengaruh van gough

Vincent Van Gough merupakan salah seorang pelukis paling berpengaruh dan terkenal dalam sejarah. Namun beliau menderita dengan kemurungan dan masalah mental dan beberapa kali pernah dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa. Walaupun meninggal dunia dengan cara membunuh diri, hasil seni lukisnya menjadi antara karya teragung sepanjang zaman.

9. Nick Vujicic

oku yang berpengaruh nick vujicic

Dilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan kaki, Nick dibesarkan di Australia. Walaupun kurang upaya, kekurangannya membuatkan beliau berdikari dan belajar untuk menggunakan papan selaju, berenang, dan juga meluncur di pantai. Kini, Vujicic yang sudahpun berumahtangga dan dikurniakan anak telah menjadi seorang pakar motivasi dan menerima pelbagai anugerah.

10. Marla Runyan

oku yang berpengaruh marla

Marla Runyan mengetahui beliau menghidap Penyakit Stargardt ketika berusia 9 tahun lagi. Keadaan itu telah menyebabkan beliau buta penglihatan sepanjang hayatnya. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak pernah patah semangat dan telah dinobatkan sebagai juara kebangsaan sebanyak tiga kali bagi lumba lari 5km kategori wanita. Selain itu, beliau juga telah memenangi banyak pingat dan anugerah di pelbagai acara sukan tempatan dan antarabangsa.

Bersyukurlah jika kita dilahirkan sempurna dan tidak punya cacat cela. Gunakan segala kurniaan yang Allah pinjamkan sebaik-baiknya kerana kita tidak tahu bilakah ia akan ditarik kembali.

"Maka, yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Al-Quran, Surah Ar-Rahman)




Hakcipta iluminasi.com (2017)