Oleh pada 20 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Mynewshub 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, memberitahu pemandu yang melawan arus dari arah Pantai Dalam menuju ke Subang, di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) sudah di bebaskan dengan jaminan polis pada jam 10.45 malam semalam.

"Kita sudah rakam keterangan daripada suspek dan dua anak lelakinya, dan kita bebaskan suspek dengan jaminan polis, bagaimana pun siasatan polis tetap diteruskan," katanya.

Suspek merupakan seorang warga emas yang berusia 76 tahun dan cuba membunuh diri dalam kejadian tersebut.

Dia memandu sebuah kereta Axia berwarna putih melawan arus di Lebuhraya NPE kira-kira jam 4.50 petang kelmarin.

Dalam kejadian tersebut dia dipercayai melalui susur masuk Lebuhraya NPE di Jalan Petaling dan memusingkan kenderaanya untuk melawan arus di laluan Subang kearah Pantai Dalam.

Orang ramai dan petugas lebuhraya mengekori dan bergelut sebelum berjaya memberhentikan kereta suspek.

Hasil siasatan suspek seorang bekas kontraktor kecil yang berasal dari Kuala Lumpur dan didapati nyanyuk serta mempunyai masalah pendengaran dan sering tersesat apabila keluar dari rumah.

Sumber video: Youtube Hery Din

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)