Oleh pada 19 Jul 2018 kategori

Bagi yang tidak tahu, baru sahaja tular mengenai ulat bulu pantai yang dilihat kehadirannya di pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mungkin ramai yang tak pernah mendengar atau melihat spesis hidupan laut ini, namun ia adalah sangat berbahaya dan dikatakan sampai ke PD dari Thailand.

Ia kelihatan sangat cantik dan menarik, tetapi jika anda cuba mengambilnya, anda akan berhadapan dengan masalah besar. Menurut laporan, ulat bulu ini telah menyebabkan kematian di Thailand

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ulat bulu laut/pantai atau nama saintifiknya chloeia flava, juga dikenali sebagai "ulat bulu emas" berasal dari keluarga Amphinomidae.

Ulat bulu ini mempunyai badan yang panjang, di antara 7 hingga 10 sentimeter panjang dan 1.8 hingga 2.5 sentimeter lebar, termasuk bulunya.

Warnya di antara coklat kemerahan kepada coklat cerah dengan jalur yang berwarna cerah di bahagian tengah badan. Badan ulat bulu laut terdiri daripada 37 segmen, yang mana setiap satu daripadanya mempunyai ocelli yang jelas. 

Ocelli adalah jalur ungu atau gelap dengan garisan putih yang terletak di tengah-tengah bahagian atas badan. Tubuhnya dilitupi dengan duri berkapur atau "setae", yang mempunyai bulu putih, halis, tajam dan sangat beracun.

Bulu pada makhluk sangat berbahaya yang mana jika terkena pada kulit manusia, ia boleh membusuk dan berkudis serta bernanah. 

ulat bulu laut yang sangat berbahaya 441

ulat bulu pantai kini menyerang pantai di port dickson 338

Bulu-bulu tajam yang penuh dengan toksin ini mampu menembusi kulit manusia dengan mudah. Dan jika ulat bulu ini berasa terancam, bulu-bulunya akan "ditembak" dan pecah dengan mudah, melepaskan kandungan toksin ke dalam luka.

Ini akan menyebabkan rasa seperti terbakar, gatal-gatal yang teruk, keradangan dan rasa kebas yang boleh bertahan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu.

Dengan kata mudah, bulu pada makhluk sangat berbahaya yang mana jika terkena pada kulit manusia, ia boleh membusuk dan berkudis serta bernanah dengan luka yang teruk jika dibiarkan.

kesan terkena ulat bulu pantai

kesan terkena ulat bulu pantai 1

Menurut petua daripada nelayan, jika terkena duri ulat bulu laut ini, gunakan adunan tepung kanji untuk menjatuhkan duri-duri pada bahagian tersebut. Kemudian, segera berjumpa dengan pegawai perubatan untuk rawatan lanjutan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)