Bagi kebanyakan orang, cicak dan biawak adalah makhluk yang sangat pelik dan menakutkan.
Banyak cicak dianggap sebagai mengancam kerana wajah haiwan ini yang kelihatan seperti tidak mempunyai ekspresi ditambah pula dengan kuku dan gigi yang tajam.
Walaupun begitu, sebahagian besar dari spesis cicak sebenarnya tidak berbahaya kepada manusia, namun ada dari spesis ini sangat agresif sehinggakan boleh menyebabkan kecederaan serius malah membunuh.
BESARKAN TEKS A- A+
5. Gila monster (Heloderma suspectum)
Gila monster dinamakan bersempena Lembangan Sungai Gila dan terdapat di beberapa bahagian di Amerika Syarikat iaitu Arizona, California, Nevada, Utah, dan New Mexico dan negeri-negeri di Mexico iaitu Sonora dan Sinaloa.
Ia boleh membesar sekitar 50 sentimeter dan mempunyai badan yang gempal dengan bintik hitam dan merah jambu, serta sisik seperti manik.
Cicak ini adalah spesis cicak paling besar di Amerika Syarikat.
Ketika cuaca panas, Gila monster akan memakan mamalia kecil, burung dan telur, pada waktu malam.
Lemak yang disimpan di ekor dan perut pada musim panas akan digunakan ketika musim sejuk.
Kepala yang besar dan rahang yang berotot pada Gila monster mampu menghasilkan gigitan kuat yang ditahan semasa racun saraf dari kelenjar di bawah rahang dikeluarkan dan meresap ke dalam luka.
Gigitan dan kematian manusia disebabkan oleh haiwan ini adalah jarang berlaku, dan laporan terakhir yang diketahui mengenai kematian akibat gigitan Gila monster berlaku pada tahun 1939.
4. Cicak manik Mexico (Heloderma horridum)
Spesies yang berkait rapat dengan Gila monster, cicak manik Mexico bersaiz lebih besar iaitu sehingga 80 sentimeter dan lebih gelap daripada Gila monster, namun kelihatan serupa.
Spesies ini tinggal di sebahagian besar pantai Pasifik Mexico dari sempadan antara negeri Sinaloa dan Sonora selatan hingga sempadan Mexico dengan Guatemala.
Ia juga mempunyai tabiat yang hampir sama dengan Gila monster, di mana menyimpan lemak-lemak untuk membantunya terus hidup di musim sejuk dan juga menggigit musuh-musuhnya dengan mengunci rahangnya pada mangsanya sementara giginya yang beralur menyalurkan racun saraf ke dalam luka mangsanya.
Walaupun gigitan ini sangat menyakitkan namun tiada kematian yang disahkan yang dikaitkan dengan serangan oleh spesis ini.
Spesies ini termasuk dalam sebahagian daripada perdagangan haram haiwan peliharaan antarabangsa, dan sejumlah cicak manik Mexico ini dijual kepada pengedar haiwan peliharaan di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.
3. Biawak Salvadori (Varanus salvadorii)
Biawak Salvadori biasanya ditemui di pulau di New Guinea di mana sebilangan besar daripada spesis ini lebih suka persekitaran dataran rendah pulau berhampiran pantai.
Ia juga dapat dilihat tinggal di kawasan pergunungan hingga ketinggian 650 meter.
Biawak ini berwarna hitam, dengan bintik-bintik hijau, kuning atau putih, dan mampu membesar sehingga 90 kilogram.
Walaupun biawak Komodo adalah lebih besar dari segi berat, namun spesis biawak ini yang membesar sepenuhnya adalah lebih panjang iaitu sehingga 5 meter dari muncung hingga ke ekornya.
Kadang-kala haiwan ini diburu untuk daging dan kulitnya, yang mana digunakan untuk menghasilkan pakaian dan kulit dram.
Makhluk ini terkenal dengan sifat agresifnya yang membuatkan pemburuannya sangat berisiko, dan jika ia tertangkap, ia biasanya terperangkap dalam perangkap yang sebenarnya dipasang untuk haiwan lain.
2. Biawak air Malaya (Varanus salvator)
Biawak air Malaya berasal dari Kepulauan Sunda Besar dan kawasan pesisir Teluk Bengal serta Laut China Selatan dari Sri Lanka sehingga selatan China.
Seperti biawak lain, biawak air Malaya mempunyai kepala dan leher yang panjang, badan yang agak berat, ekor panjang, dan kaki yang tangkas.
Lidah haiwan ini panjang, bercabang, dan seperti lidah ular. Saiz biawak dewasa boleh mencapai 2.7 meter panjang.
Biawak ini adalah karnivor dan sering memakan serangga dan labah-labah besar, biawak lain, mamalia kecil, ikan, siput dan burung.
Ia biasanya tidak mengejutkan mangsanya, sebaliknya memburu mangsanya dengan berenang, memanjat atau mengejar.
Biawak ini juga memakan bangkai haiwan serta mampu menggali mayat manusia dan memakannya.
Walau bagaimanapun, biawak ini juga diburu untuk dimakan dan untuk kulitnya, yang mana digunakan untuk perubatan tradisional dan barangan kulit.
Manusia yang digigit oleh biawak ini biasanya disuntik dengan racun yang memberikan kesan ringan tetapi tidak membunuh, serta terdedah kepada bakteria berjangkit.
Biawak air Malaya juga boleh menggunakan ekor dan kuku tajam sebagai senjata.
1. Biawak Komodo (Varanus komodoensis)
Biawak Komodo adalah spesis cicak yang paling besar yang masih wujud. Biawak ini adalah dari keluarga Varanidae, yang biasanya ditemui di Pulau Komodo dan beberapa pulau berhampiran di Kepulauan Lesser Sunda di Indonesia.
Mata haiwan ini yang sangat besar dan tabiat pemangsanya membuatkan spesis terancam ini menjadi tarikan pelancong, yang telah menggalakkan perlindungan terhadapnya.
Ia mampu membesar sehingga 3 meter panjang dan seberat 135 kilogram. Biawak Komodo biasanya akan menggali sedalam 9 meter untuk bertelur dan menetas pada bulan April atau Mei.
Anak biawak ini yang baru lahir sekitar 45 sentimeter panjang dan tinggal di atas pokok untuk beberapa bulan.
Makanan utamanya adalah bangkai, namun ia juga memburu khnzir, rusa dan anak lembu. Biawak Komodo dewasa juga biasanya memakan spesisnya sendiri yang bersaiz lebih kecil, dan kadang-kala memakan biawak dewasa.
Mangsa yang digigit oleh haiwan ini biasanya akan kehilangan darah yang banyak dengan cepat.
Beberapa pakar herpetologi menyatakan bahawa trauma fizikal gigitan dan kemasukan bakteria dari mulut biawak Komodo ke luka juga berperanan dalam membunuh mangsa.
Walaupun bersaiz besar dan berat, haiwan ini mampu bergerak dengan cukup pantas untuk menyerang dan membunuh manusia. Beberapa laporan serangan oleh haiwan ini dilaporkan antara tahun 2000 dan 2014.
Rujukan:
2. Animals
3. Britan
4. Seaworld