Oleh pada 31 Jul 2017 kategori

Kredit foto: says.com & pepatung.com.my

Sebelum ini chef popular, Datuk Chef Wan ada mengeluarkan kritikan terhadap pengasas kosmetik Datuk Aliff Syukri kerana aksinya makan di tepi jalan raya ketika bercuti di Switzerland.

Tindakan tersebut dianggap Chef Wan sebagai memalukan kerana Aliff membawa nama negara di tempat orang, selain beliau juga adalah seorang usahawan selebriti yang dikenali.  

Susulan komen pedas yang dibuat, Aliff tampil dengan respon balas.

Menurut Aliff dalam kenyataan yang dibuat menerusi laman Instagramnya, dia sebenarnya sedang dalam pengembaraan di kawasan luar bandar Switzerland, justeru tidak mudah buat mereka sekeluarga untuk mendapatkan restoran halal. Malah sehingga kini keluarga Aliff telahpun bertukar rumah tumpangan sebanyak empat kali.

Kapsyen tersebut disertakan dengan foto keluarga Aliff menikmati makanan di sebuah kedai makan.

Ini respon penuhnya.

dikritik makan tepi jalan datuk aliff syukri tampil balas kenyataan chef wan 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Gara-gara video makan di tepi jalan jadi heboh semua satu Malaysia. Ramai yang kecam kata kenapa tak makan di hotellah senang. Sebenarnya pengembaraan kami kali ni menyusuri perkampungan-perkampungan indah di Switzerland. Jadi bila banyak berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal, kalau adapun terpaksa memandu jauh semata-mata untuk makan. Di sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak empat kali termasuk pengembaraan ke Itali dan kembali ke Switzerland semula. Jadi disebabkan tu kami memang dah masak siap-siap dan rombongan kami sebanyak dua kereta makan bersama. Tak ada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama. Buat idola saya dalam bidang masakan Dato @chefwan58 (saya suka memasak dan saya selalu tonton awak di televisyen) terima kasih atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yang terbuka. Saya muat naik khas untuk Dato Chef Wan ni kedai kebab yang saya makan secara beradab dan juga anda semua yang komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara Malaysia. Cuma saya puji orang tempatan di sana yang sangat ramah, bila beberapa kali kami berhenti makan mereka boleh bergurau dan bersembang bersama kami dengan baik. Orang Malaysia di sana juga baik dan ramah. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)