Oleh pada 30 Jul 2017 kategori

Kredit foto: forum.lowyat.net

Di ketika ini, pengasas kosmetik Datuk Aliff Syukri sedang menikmati percutian bersama keluarganya di Switzerland. Aliff turut berkongsi momen-momen indah tersebut di laman Instagramnya. 

datuk aliff syukri makan tepi jalan ini komen pedas chef wan 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Bagaimanapun baru-baru ini sebuah video yang dimuatnaik Aliff telah menarik perhatian ramai. Video tersebut memaparkan beliau sekeluarga menerima nasib malang kerana dihalau daripada sebuah restoran hingga terpaksa menjamah bekalan makanan yang dibawa di tepi jalan.

datuk aliff syukri makan tepi jalan ini komen pedas chef wan 3

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Sedih saya bila pergi restoran dan bawa bekal ke sana sebab di sini makanan halal amat payah nak dapat. Baru saja cadang nak buat pesanan air minuman biar terselindung sedikit niat kami nak tumpang makan tapi kami kena halau pula. Jadi terpaksalah kami makan di tepi jalan.

Video yang sewajarnya mengundang simpati netizen, sebaliknya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila para pengikut Aliff mengecam tindakannya. Tidak ketinggalan chef popular iaitu Datuk Chef Wan turut berasa pelik dan tertanya mengapa Aliff memilih untuk makan di tepi jalan sedangkan melalui kunjungannya berpuluh kali ke Switzerland, tempat itu dipenuhi dengan meja dan kawasan taman.

Malah Chef Wan menyifatkan aksi Aliff itu telah menjatuhkan imejnya sebagai seorang selebriti yang dikenali. 

datuk aliff syukri makan tepi jalan ini komen pedas chef wan 4 672

Kredit foto: Instagram Chef Wan

Tergerak pula hati saya nak menegur Dato Aliff bila saya lihat dia sekeluarga makan di tepi jalan. Saya rasa terkejut. Pertama sekali sebagai orang Malaysia, kita kena jaga imej kita di mana saja kita berada. Pelik saya dengan segala kekayaan dia yang dia selalu pamerkan tu, pergilah cari tempat-tempat yang elok untuk makan. Banyak restoran boleh makan di sana, yang halalpun boleh cari. Tambah-tambah zaman sekarang ni melalui telefon bimbit sahaja kita boleh akses dengan pelbagai cara. Sebagai orang yang dikenali, dia perlu belajar apa yang patut dan tak patut dibuatnya. Sewaktu pergi majlis perkahwinan baru-baru ini saya terdengar di meja sesetengah tetamu di situ berdebat sesama mereka yang juga kaya-raya tetapi sangat bersederhana, bertahun-tahun saya kenal sikap mereka itu. Mereka kata dengan menunjuk-nunjuk kekayaan kita selain daripada riak dalam agama, juga tidak baik untuk imej mereka yang akan dipandang seperti tidak ada kelas! Awak mungkin ada duit banyak tapi awak tak boleh beli kelas! Mereka kata bila kita terlebih-lebih menunjuk, kita juga jadikan diri kita sebagai subjek dan bahan kutukan, jadi tak perlulah buat begitu sebab orang kaya biasa yang lainpun tidak buat kerana mereka sudahnya akan malu dengan imej sebegitu walaupun sesama orang-orang kaya ni. Bila memberi pandangan begini mestilah ada kata kita ni dengki dengan harta mereka. Kitapun duit makan tak habis juga tapi tak perlulah buat perangai macam tu yang jadikan lagi manusia lain mendapat peluang untuk mengutuk hal kita. Sebenarnya itu satu perbuatan yang tidak cerdik dan janganlah dijadikan contoh tauladan kepada sesiapapun. Ustaz kata hal itu akan menimbulkan perasaan sifat dengki di kalangan manusia lain yang melihatnya. Bila saya mendengar apa yang didebatkan ada juga betul nasihat Puan Sri tadi yang juga ditujukan buat kawan-kawannya. Dia cakap, "Orang melayu ni sikit-sikit kata kita ni dengki. Walhal mereka yang sokong itupun bodoh jadi pak turut dan kaki kipas, tak hairanlah yang kaya tu naik lemak sebab mereka fikir tak jadi masalah untuk berkelakuan sedemikian demi mendapatkan perhatian. Bila kita kata perangai macam orang kampung dan jakun kaya, mereka marah kita balik." Kata seorang Datin Seri pula, "Kita dengar saja dan saya yakin kebanyakan kita juga telah mendengar isu ini didebatkan berulang kali." Bila saya melihat segala drama minggu ini dipentaskan, ia juga adalah pengajaran buat setiap seorang daripada kita untuk berhati-hati dengan imej yang kita tampilkan di media sosial. Tersilap langkah habislah! 




Hakcipta iluminasi.com (2017)